LHDN E Filing 2020 (EzHasil)

LHDN e Filing merupakan sistem percukaian lhdn diaman jika anda merupakan individu yang mempunyai pendapatan di Malaysia anda perlu declare cukai pendapatan anda setiap tahun.

Beberapa langkah serta proses anda perlu lakukan untuk mendaftar e-filing ini, antaranya anda perlu tahu berkaitan kadar cukai berapa persen (%) anda kena bayar serta pelepasan cukai apa ada boleh dapat.

Untuk tahun 2020 ini, anda perlu declare cukai pendapatan anda bagi tahun sebelumnya iaitu pada 2019 dan kebawah.

Lhdn E filing akan dibuka pada setiap tahun sekitar bulan Mac (Bulan 3)

Kadar Cukai Pendapatan Bagi Tahun 2018-2019

Dibawah merupakan kadar cukai pendapatan yang dikeluarkan oleh LHDN e filing untuk pengiraan tahun 2018-2019 yang boleh anda jadikan rujukan, bagi pendapatan tahunan 5000 kebawah tidak perlu bayar cukai, hanya sekadar declare sahaja di LHDN e filing .

Banjaran Pendapatan BercukaiPengiraan (RM)Kadar %Cukai(RM)
0 – 5,0005,000 berikutnya00

5,001 – 20,000
5,000 pertama
15,000 berikutnya

1
0
150

20,001 – 35,000
20,000 pertama
15,000 berikutnya

3
150
450

35,001 – 50,000
35,000 pertama
15,000 berikutnya

8
600
1,200

50,001 – 70,000
50,000 pertama
20,000 berikunya

14
1,800
2,800

70,001 – 100,000
70,000 pertama
30,000 berikutnya

21
4,600
6,300

100,001 – 250,000
100,000 pertama
150,000 berikutnya

24
10,900
36,000

250,001 – 400,000
250,000 pertama
150,000 berikutnya

24.5
46,900
36,750

400,001 – 600,000
400,000 pertama
200,000 berikutnya

25
83,650
50,000

600,001 – 1,000,000
600,000 pertama
400,000 berikutnya

26
133,650
104,000

Melebihi 1,000,000
1,000,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

28
237,650
……….

Senarai Potongan/Pelepasan Cukai Individu LHDN

Berikut merupakan 21 jenis potongan senarai cukai (individu) yang boleh anda potong semasa isi borang cukai lhdn e filing nanti, pastikan pelepasan yang nak anda declare mesti besertakan bukti yang kukuh.

Bil.Senarai Jenis Potongan Cukai LHDN IndividuAmaun (RM)
1Individu dan saudara tanggungan9,000
2Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

ATAU

Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
5,000 (Terhad)

ATAU

3,000 (Terhad)
3Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)6,000 (Terhad)
4Individu kurang upaya6,000
5Yuran pengajian (Sendiri) :
Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000 (Terhad)
6Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)
6,000 (Terhad)
7Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500)
8Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang)
Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan)
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium
Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)

2,500(Terhad)
9Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)1,000 (Terhad)
10Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar1,000 (Terhad)
11Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019)8,000 (Terhad)
12Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)
13Suami / Isteri kurang upaya3,500
14Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun2,000
15Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,000
16Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institut pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.


8,000


17
Anak Kurang upaya6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.8,000
18Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
Kategori penjawat awam berpencen
Premium insurans nyawa
Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)


7,000 (Terhad)
19Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.3,000 (Terhad)
20Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji3,000 (Terhad)
21Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 

Cara Daftar LHDN E filing 2020

• Step 1 – Login ke portal rasmi LHDN e filing dan masukan segala makluamat yang diminta oleh lhdn untuk proses pendaftaran pertama kali (first time register) boleh rujuk Daftarindividu.hasil.gov.my , Paparan seperti dibawah akan di tunjukkan.

lhdn e filing

• Step 2 – Isi semua maklumat yang diminta hingga selesai.

• Step 3 – Dah sattle semua apa yang diminta, anda akan diberi No. Permohonan, no. ni akan digunakan untuk membuat semakan status daftar anda nanti.

• Step 4 – Dalam masa tiga (3) hari lhdn akan proses pendaftaran anda, anda boleh semak status permohonan di edaftar.hasil.gov.my. (paparan seperti dibawah untuk buat semakan.

Step 5 – Dah lulus “application status” boleh login ez.hasil.gov.my/CI/ untuk log masuk ke laman sistem ezhasil untuk membuat e filing cukai. (Jika ini merupakan kali pertama anda masuk, sila “Login Kali Pertama” terlebih dahulu).

Step 6 – Pilih borang yang ada kaitan dengan diri anda dalam proses isi lhdn e filing

  • e-BE Tiada Punca Pendapatan Perniagaan.
  • e-B Ada Punca Pendapatan Perniagaan.
  • Dan banyak lagi.

• Step 7 – Selesai isi dan hantar, tunggu status hantar borang, jika dah selesai maka, selesailah declare cukai anda bagi tahun tersebut.

* e-Filing boleh diisi mulai 1 Mac.

Disclaimers : Artikel lhdn e filing yang dikongsikan ini merupakan perkongsian step-by-step sahaja, jika ada kesalah, perubahan boleh ajukan di ruangan komen, semua yang dikongsi hasil rujukan dari Hasil.gov.my

6 thoughts on “LHDN E Filing 2020 (EzHasil)”

    • Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda. Rujuk: hasil.lhdn.gov.my (Pindaan Selepas Penghantaran Borang)

      Reply
  1. Salam nak tanya.. Kalau yg number 12 tu untuk suami/isteri/bekas isteri terhad (4000) tu ikut kepada apa ye? Bulan2 yg kita bagi ke isteri? Ada syarat2 lain ke contoh isteri perlu tidak berkerja untuk melayakkan kita claim?

    no 2. Dalam borang EA yang cmpny bagi ada tulis pendapatan yang dikecualikan cukai RM sekian2.. Kalau yg ni tahu x nak key in dekat mana dalam e filling nanti?

    Reply
  2. Nak tanya,sy nak update e-filling 2020..tp saya terlupa kata laluan..(frasa keselamatan)..kemudian didaftarkan menggunakan email yg lama atas no tel yg sudah tidak digunakan..bagaimana sy nak menukar kepada email yg baru atas no tel yg baru..sebab no lama sudah tidak digunakan..

    Reply

Leave a Comment