Polis Ipoh menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri tiang besi di hadapan sebuah rumah selepas rakaman perbuataannya itu tersebar di laman sosial kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahya Hassan berkata, lelaki berusia 41 tahun ditahan di sebuah banggunan kosong di Manjoi pada pukul 12.15 tengah malam.
Tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang individu di Balai Polis Jelapang.
Lelaki tersebut ditahan bersama-sama barang yang dicuri dan siasatan awal ianya dilakukan sekitar Manjoi dan Jelapang.
“Semakan lanjut pihak polis mendapati suspek ini memiliki 11 rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan, termasuk kesalahan jenayah narkotik,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek menunjukkan beliau positif dadah jenis Morphine.
Suspek direman tiga hari untuk membantu siasan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Related Posts
- Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”
- Kemunculan Virus Langya Cetus Kebimbangan, Sudah Jangkiti 35 Orang
- “Kenapa Kau Bagi Makan Kat Homeless?”, Abang ‘Taiko’ Kawasan Muka Garang Tegur Ebit Lew
- SPA Buka Pengambilan 785 Jawatan Kosong Terkini Seluruh Malaysia ~ Minima SPM Layak Mohon! / Gaji RM1,500 – RM4,005
- Simpanan KWSP pada tahap kritikal, bakal pesara bimbang hadapi hari tua