Lelaki Berkahwin Dengan Ibu Tirinya Tanpa Sengaja.


Melalui satu perkongsian di Golf News , seorang lelaki dari Arab Saudi terpaksa menceraikan isteri yang telah dikahwini selama enam tahun dan telah mempunyai seorang anak lelaki bersama pasangannya itu.

Mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah dalam perkahwinan terpaksa akur dengan takdir dan ketentuanNya apabila perkara itu telah berlaku dalam kehidupan mereka yang bahagia tetapi haram bagi seorang lelaki menikahi seorang wanita yang telah menjadi isteri kepada ayah kandungnya kerana itu dilarang dalam agama Islam.

Kerana itu dalam Islam wajib memberitahu dan menghebahkan berita tentang pernikahan berbanding pertunangan kerana bimbang parkara seperti ini berlaku dalam kehidupan seharian . malah perkara ini sangat mudah untuk disebarkan kerana zaman sekarang media sosial sangat membantu dalam menyebarkan sesuatu perkara yang dikongsi dan tidak dikongsi kerana ramai yang mempunyai akaun media sosial yang tanpa batasan.

Lelaki berkenaan sanagt terkejut dan bersedih selepas mendapat tahu bahawa wanita yang dinikahinya dan bersama dengannya selama ini adalah sebenarnya wanita yang pernah dinikahi oleh bapanya.

Dia yang tidak mahu mendedahkan identitinya dan keluarganya telah memaklumkan sepanjang perkahwinan mereka iaitu selama enam tahun sehinggalah mereka dikurniakan seorang anak lelaki, dia mengaku tidak pernah membawa isterinya berjumpa atau bertemu dengan dengan ahli keluarganya. Tidak menjelaskan mengapa tidak pernah memperkenalkan isterinya kepada ahli keluarganya sendiri.

Setelah lama menantikan saat untuk mempertemukan keluarganya dengan isterinya untuk berkongsi rasa gembira kerana sudah dikurniakan anak lelaki malah menjadi perkhabaran yang sangat mendukacitan dan menyakitkan apabila segala-galanya terbongkar selepas lelaki ini mengetahui tentang kebenaran tersebut.

Apabila sampai dirumah ibu bapanya untuk pertemuan tersebut, bapanya sangat terkejut apabila melihat menantu perempuannya itu sebenarnya adalah bekas isterinya yang pernah dinikahinya 10 tahun yang lalu.  Satu demi satu penjelasan yang diungkapkan oleh bapanya yang mana telah menjelaskan bahawa bapanya dan wanita itu pernah berkahwin secara misyar namun mereka telah pun berpisah sudah lama dahulu sebelum dia berkahwin dengan isterinya itu.

Berikutan daripada penjelasan  itu, keluarga ini membuat keputusan untuk merujuk dan mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang lebih arif dan membincangkan perkara ini dengan lebih detail dan juga tidak mengeruhkan keadaan.

Setelah mendapat rujukan yang benar daripada Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan ahli Majlis Ulama Kanan iaitu Abdullah Al Mutlaq memaklumkan bahwa lelaki berkenaan perlu menceraikan isterinya itu kerana perkahwinan tersebut dianggap tidak sah. Akan tetapi, status anak lelaki pasangan ini adalah diiktiraf sebagai anak sah taraf.

Bagi pengetahuan semua pembaca , perkahwinan misyar adalah sejenis pernikahan yang dilakukan semata-mata demi memenuhi tuntutan batin dan isteri tidak boleh menuntut sebarang hak. Kaedah itu menjadi pilihan bagi lelaki yang mahu mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Nikah Misyar atau Zawaj Al Misyar ialah pernikahan yang memenuhi syarat-syarat sah nikah, tapi selepas nikah, suami, dengan persetujuan isteri, tidak menyediakan tempat tinggal untuk isterinya, dan tidak pula menyara kehidupan isterinya. Mereka berjumpa cuma untuk tujuan tertentu, terutamanya bermalam untuk melakukan persetubuhan atau pulang selepas itu.

Dan ada juga suami yang tidak bermalam di rumah isterinya dan hanya sekadar untuk berjumpa sahaja, kemudian suami balik ke rumahnya sendiri. pernikahan ini hanya untuk menghalalkan hubungan tanpa mahu memikul tanggungjawab kepada pasangan atau anak yang bakal lahari dengan persetujuan isterinya juga.

Walaupun nikah misyar sah dari hukum syarak, keadaan tinggal berasingan tanpa tanggungjawab ini menjadikan nikah misyar tidak sempurna kerana tidak memenuhi tujuan pernikahan sepenuhnya.

Namun ramai di kalangan ulama yang tidak menggalakkan nikah misyar, kerana ia seolah-olah usaha untuk menghalalkan zina, sama seperti nikah mut’ah.


Malah Nikah misyar tak semestinya berkekalan dalam keadaan hidup tanpa tanggungjawab. Isteri boleh menuntut haknya pada bila-bila masa dan mereka boleh memilih untuk hidup bersama seperti pasangan suami-isteri yang lain. Tapi, ada kalanya, perceraian berlaku bila isteri menuntut haknya.

Penafian – Bahan artikel kami share dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Lelaki Berkahwin Dengan Ibu Tirinya Tanpa Sengaja.” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia