Lanjutan Moratorium Maybank: Cara Permohonan Untuk B40, M40 & PKS Sehingga 30 Jun 2021

Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Maybank 2021 Sehingga 30 Jun 2021 Bagi B40, M40 & PKS

Seperti yang telah diumum oleh Menteri Kewangan, Bantuan Bayaran Balik Bersasar dan Lanjutan Moratorium Maybank akan disediakan untuk pelanggan yang memerlukan bantuan lanjutan setelah moratorium mereka tamat.

Lanjutan Moratorium Maybank: Cara Permohonan Untuk B40, M40 & PKS Sehingga 30 Jun 2021 1

Kami dari Portal Malaysia berkongsi cara permohonan B40, M40 dan PKS yang terjejas. Berikut adalah cara untuk memohon:

Baca Juga : SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021

i) Lanjutan Moratorium Maybank Bagi B40


Bantuan Bayaran Balik atau Targeted Repayment Assistance (TRA) Maybank 

Pakej ini merangkumi pelbagai pilihan bantuan kewangan bagi meringankan beban kewangan terutama mereka yang telah kehilangan pendapatan atau perkerjaan akibat Covid-19.

Seperti yang diumumkan pada 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan melalui Belanjawan 2021 dan Bank Negara Malaysia, Bantuan ini disasarkan untuk membantu pelanggan B40 dan PKS mikro.

Pemohon boleh memilih dari dua kategori dibawah:

Pilihan 1: Tangguhan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau

Pilihan 2: Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

Baca juga: Bayaran i-Sinar Sedang Dibuat Secara Berperingkat

Syarat-Syarat Permohonan Moratorium


Pemohon yang layak bagi tambahan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar seperti yang diumumkan pada 20 Nov 2020 adalah:

  • Individu B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat(BPR)

Klik di sini untuk menyemak status anda: Semakan Status Bayaran

NOTA: Hanya pemohon yang pinjaman atau pembiayaannya yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih dari 90 hari sahaja.

ii) Bantuan Bayaran Balik


Bagi pelanggan M40 yang terdaftar di pangkalan data BPN, hanya dokumen pembuktian atau self-declaration yang diperlukan untuk proses permohonan bantuan bayaran balik ini.

Contoh dokumen tersebut :

  • Untuk pemohon dalam penggajian : slip gaji 1 bulan yang terkini
  • Untuk pemohon bekerja sendiri :
    • Sekiranya akaun utama di Maybank, dokumen lain tidak diperlukan
    • Sekiranya akaun utama di bank lain, anda perlu penyata bank 3 bulan yang terkini
    • Surat tamat perkhidmatan / berhenti kerja dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan bagi permohonan.
    • Surat pemotongan gaji dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan.

Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Maybank Untuk B40 & M40


Lanjutan Moratorium Maybank: Cara Permohonan Untuk B40, M40 & PKS Sehingga 30 Jun 2021 2

Untuk membuat permohonanini , sila klik laman web Maybank: https://www.maybank2u.com.my/

  1. Klik COVID-19 Assistance
  2. Pilih Kategori berdasarkan kelayakan anda
  3. Untuk B40 (TRA – Targeted Repayment Assistance)
  4. Untuk M40 (RA – Repayment Assistance)
  5. Klik ‘Send email for TRA’ atau ‘Send email for RA’ atau e-melkan terus permohonan beserta dokumen sokongan ke [email protected]
  6. Keputusan akan dimaklumkan dalam masa 5 hari setelah pihak Maybank menerima permohonan berserta dengan dokumen yang lengkap.
  7. Keputusan akan dimaklumkan kepada anda melalui panggilan telefon atau e-mel atau SMS.

Lanjutan Moratorium Maybank: Cara Permohonan Untuk B40, M40 & PKS Sehingga 30 Jun 2021 3

Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Untuk PKS


Bagi PKS , anda boleh hantarkan e-mel kepada alamat emel ini SMEreli[email protected] , sila sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.

Baca Juga : SPS Prihatin Wanita: Permohonan Caruman RM163 Untuk Wanita Bekerja Sendiri 2021

Tarikh Permohonan


Mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021.

Dilaksanakan mulai 1 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

Maklumat Lanjut


Boleh hubungi Talian Careline Maybank di 1-300 88 6688 (Malaysia) atau

+603-7844 3696 (Luar Negara) dan tekan *1 untuk Bantuan Bayaran Balik / Lanjutan Moratorium Maybank.


mybsn
BKM

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3