Home » KWSP » Hanya 5 Langkah Mudah Bayar Hutang PTPTN Melaui KWSP

Hanya 5 Langkah Mudah Bayar Hutang PTPTN Melaui KWSP

Setiap pelajar yang telah tamat pengajian tinggi di Universiti ataupun Kolej pastinya perkara yang difikirkan adalah hutang PTPTN.

Namun begitu, hutang tersebut wajib dibayar bermula selepas 12 bulan pengajian. Mendapatkan pekerjaan sebaik saja menghabiskan pengajian ialah tekanan yang diterima oleh mana-mana graduan.

Sebaik mendapat pekerjaan pula, dengan jumlah gaji yang hanya cukup makan untuk membayar komitmen bulanan kebanyakkan daripada anda sukar membayar balik pinjaman PTPTN .

Mujurlah sekarang terdapat alternatif pembayaran hutang PTPTN mengunakan Akaun KWSP. Setiap bulan caruman KWSP yang ditambah oleh majikan boleh digunakan untuk membayar pinjaman PTPTN.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Langkah 1: Daftar & Log Masuk i-Akaun

Jika anda belum ada I-Akaun, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu & aktifkan untuk sebarang urusan.

Barulah anda dibenarkan untuk log masuk di laman web KWSP dan masukkan kata laluan sementara yang telah diterima : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Baca juga: i-Akaun KWSP: Daftar Secara Online, Login Kali Pertama & Semak Penyata

Langkah 2: Permohonan Pembayaran Baru

  1. Sila klik pada ‘Pengeluaran’ di bahagian menu atas.
  2. Kemudian klik pada ‘Permohonan Pengeluaran Baru’ dan pilih ‘Pendidikan’.
  3. Satu ‘pop up’ mesej akan terpapar dan padanya ada butang ‘OK’.
  4. Sila klik butang ‘OK’ tersebut.
  5. Maka akan keluarlah paparan pilihan Institusi yang terlibat (pilih PTPTN), Ruangan bayaran kepada (pilih pemberi pinjaman), Ruangan peringkat (apa yang anda pelajari) dan Ruangan permohonan (pilih diri sendiri).

Langkah 3: Jumlah Kelayakan

  1. Sila klik pada butang ‘seterusnya’ & butang ‘terima’.
  2. Sila kemaskini maklumat diri anda.
  3. Masukkan nombor rujukan matriks/pelajar semasa kita belajar di ruangan maklumat pengeluaran.
  4. Jumlah kelayakan anda akan terpapar. Berdasarkan baki akaun 2 KWSP anda, baki tersebut adalah jumlah maksimum yang ada dalam akaun.
  5. Setelah itu, bergantung kepada anda berapa bayaran yang ingin dibayar.

Langkah 4: Berapa Lama Proses Akan Diambil Pihak PTPTN?

Selesai memohon, pihak PTPTN akan proses permohonan tersebut. Masa diambil lebih kurang 1 minggu.

Jika permohonan lulus, anda akan mendapat sms daripada pihak PTPTN.

Baca juga: i-Saraan KWSP: Cara Daftar & Terima RM250 Caruman Tambahan

Langkah 5: Dokumen Yang Diperlukan Ke Cawangan KWSP Jika Permohonan Lulus

Jika permohonan anda lulus, sila hadir ke cawangan KWSP terdekat bagi mengambil cap jari (thumb print).

Sila hadir dengan membawa dokumen ini:

  • Kad pengenalan,
  • Sijil-sijil
  • dan sebagainya

Proses pembayaran dilakukan dalam masa 16 hari & semakan di I-Akaun pula sudah boleh dibuat.

Semoga urusan anda dimudahkan.

Penafian – Bahan yang kami share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Hanya 5 Langkah Mudah Bayar Hutang PTPTN Melaui KWSP” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes