Land Rover Defender 90 2022 Memasuki Malaysia Dengan 2 Pilihan Enjin


Syarikat kenderaan iaitu Jaguar Land Rover Malaysia telah melancarkan Defender 90 2022 serba baharu, model diiktiraf yang mampu meredah semua muka bumi serta telah dinobatkan sebagai Land Rover paling berupaya setakat ini. Berikutan permintaan tinggi seperti yang dilihat dengan Defender 110, dua pilihan enjin ingenium disediakan iaitu Petrol 4 silinder P300 atau Petrol MHEV 6 silinder P400.


Disamping itu, harga untuk jualan bermula daripada RM838,800 bagi P300 dan RM1,098,800 bagi P400 MHEV, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus, tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Defender 90 baharu disokong oleh program Land Rover Care yang termasuk jaminan lima tahun, servis percuma lima tahun dan khidmat bantuan tepi jalan tiga tahun.

Sumber: youtube

Disamping itu, Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia iaitu Jeffrey Gan juga berkata bahawa Land Rover Defender 90 disanjung tinggi di peringkat global kerana ciri-ciri kejuruteraan, teknologi dan reka bentuknya. Dengan keupayaan meredah semua muka bumi, kami yakin kenderaan berkuasa dan ikonik ini akan menambah baik pengalaman memandu bagi rakyat Malaysia, sama ada semasa menyusuri jalan-jalan bandar atau menempuh permukaan lasak,” katanya dalam satu kenyataan.


Namun, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia iaitu Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, berkata model yang serba baharu itu adalah hasil kerja selama 70 tahun dan inovasi konsisten telah membawa kepada evolusi kenderaan hebat yang kini diperlihatkan. Katanya, Defender 90 dibina khusus untuk daya tahan optimum dan dilengkapi dengan teknologi canggih.

Sumber: google image

Dengan ini, bahawa pelanggan juga boleh memulakan pengembaraan di atas jalan raya mahupun luar jalan raya sambil menikmati keselesaan dan keselamatan yang terbaik serta sedia untuk menghadapi sebarang persekitaran.


Land Rover Defender 90 tiga pintu dengan jarak roda pendek mampu mengharungi air sedalam 900 milimeter (mm) serta dilengkapi dengan kotak pemindahan dwikelajuan, yang memberikan suntikan kelajuan dan kawalan tambahan untuk mengawal kuasa bagi mengharungi keadaan mencabar seperti mendaki dan menuruni cerun curam, muka bumi yang pelbagai serta pemanduan lasak di luar jalan raya.

Di samping itu, ciri suspensi udara elektronik menjanjikan pengalaman memandu yang selesa, dengan ketinggian yang boleh dilaraskan mengikut keadaan memandu. Ini termasuk ketinggian akses yang boleh dilaraskan menjadi serendah 40mm lebih rendah daripada ketinggian pemanduan normal dan dilanjutkan sehingga 75mm.

Sumber: google image


Untuk keadaan luar jalan raya yang lasak dan permukaan tidak rata, ketinggian tambahan 70mm turut disediakan bagi kawalan roda yang luar biasa walaupun dalam perjalanan yang mencabar. Boleh didapati dalam lima warna, model baharu ini dilengkapi dengan 170 aksesori individu, pilihan terbesar yang pernah dihasilkan bagi Land Rover, memastikan kepelbagaian antara dua kenderaan Defender.

Dilengkapi dengan Aksesori yang telah disediakan termasuk tempat simpanan peralatan luar di sisi lenderaan yang memberikan ruang simpanan tambahan dan terdapat juga koleksi baharu peralatan dan pakaian luar ‘Above and Beyond’, untuk menambah baik pengalaman pemandu yang menggunakan Defender 90.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3