Home » Gosip Artis Malaysia » Lana Nordin Minta Hentikan Diskriminasi Vaksin , Syarikat Penerbangan Luar Negara Lebih Terbuka

Lana Nordin Minta Hentikan Diskriminasi Vaksin , Syarikat Penerbangan Luar Negara Lebih Terbuka

Lana Nordin Minta Hentikan Diskriminasi Vaksin , Syarikat Penerbangan Luar Negara Lebih Terbuka

Lana Nordin yang merupakan pelakon yang pernah membintangi beberapa drama di Malaysia menerusi sebuah posting di Instagram miliknya berkongsi video kepada rakyat Malaysia agar tidak mendiskriminasi mengenai isu berkaitan vaksinasi COVID-19.

Menerusi vifeo yang telah dihantar ada menunjukkan bahawai syarikat penerbangan dari luar negara lebih bersikap terbuka dan tidak mendiskriminasi orang yang tidak mengambil vaksin malah menghormati mereka atasa dasar kemanusiaan.
Katanya lagi, masyarakat Malaysia haruslah berhenti menyemai amalan ‘fear mongering’ atau menakut-nakutkan orang lain hanya kerana mereka memilih untuk tidak mengambil vaksin.

Sememangnya ramai yang tidak tahu, sehingga mereka sendiri sudah berada di luar negara yang mana kebanyakan syarikat penerbangan di negara lain tidak rasis tentang vaksin. Jangan terlalu percaya tentang berita yang tersebar dari mulut ke mulut kerana itulah mulanya Fear Mongering.

Lana nordin juga menegaskan bahawa pengambilan suntikan tersebut adalah hak individu dan masyarakat haruslah menghormati pendirian orang dan hak masing-masing.

Lana Nordin telah memuat naik video yang memaparkan satu situasi di mana seorang pramugari terpaksa menenangkan wanita yang enggan duduk bersebelahan dengan individu tidak divaksin didalam kapal terbang.

Lalu wanita itu kemudian telah diarahkan keluar daripada pesawat oleh kapten yang bertugas kerana telah menganggu ketenteraman penumpang di dalam kapal terbang tersebut.

“Divaksin atau tidak, masyarakat seharusnya menghormati antara satu sama lain dan nampaknya anda mengalami kesukaran untuk melakukan perkara itu jadi sila tinggalkan penerbangan ini..” ujar kapten tersebut.

Kapten malah telah mendapatkan tepukan gemuruh daripada para penumpang yang berada dalam pesawat berikutan sifat pramugari yang sabar serta sikap kapten tersebut yang tegas dalam menangani masalah tersebut.

 

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Lana Nordin Minta Hentikan Diskriminasi Vaksin , Syarikat Penerbangan Luar Negara Lebih Terbuka” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes