Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan rasminya di laman sosial medianya mengigatkan pengguna yang telah mendapat i-Sinar agar tidak berkongsi paparan akaun bank anda di laman sosial.
Sentiasalah berwaspada dan jangan 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘦 maklumat bank atau status kelulusan i-Sinar anda di media sosial. Anda mungkin menjadi mangsa penipuan seterusnya! Laporkan sebarang info yang mencurigakan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000.
Pembayaran isinar untuk pemohon kategori 1 sudah dikreditkan kepada pemohon yang LULUS secara berperingkat sejak semalam, dimana rata-rata berkongsi kegembiraan mereka masing-masing.
Selain itu, dalam satu kenyataan lain berkaitan dengan bantuan kerajaan, menteri kewangan Tengku Zafrul mengeluarkan satu kenyataan media dimana berkaitan Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 proses semakan untuk permohonan baru dan rayuan masih dijalankan. Kerajaan akan mengumukan tarikh pembayaran baru dan rayuan fasa 2 dalam masa terdekat serta permohonan baru dan rayuan yang lulus. Katanya jangkaan bpn 2.0 fasa 2 akan disalurkan dalam bulan ini juga. Manakala penuanian fasa pertama BPN 2.0 melalui BSN bagi mereka yang gagal kredit juga masih sedang berlangsung.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini