Semakan status Pengeluaran Khas KWSP kini boleh disemak di portal rasmi bagi ahli yang mahu buat pengeluaran KWSP RM10K one-off.
Adakah anda sudah membuat permohonan pengeluaran?
Diingatkan, tiada pindaan boleh dibuat pada permohonan kali ini ya!
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Di sini kami kongsikan cara buat semakan dengan mudah.
Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Cara Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP
Berikut adalah langkah semakan :
- Layari Portal Pengeluaran di sini.
- Klik Teruskan.
- Tekan Semakan Status Permohonan.
- Isikan Nombor MyKad anda.
- Isi No Telefon Bimbit.
- Sahkan Captcha.
- Tekan Semakan Status.
- Keputusan permohonan anda dipaparkan sama ada DITERIMA atau TIADA DALAM REKOD.
Apakah Maksud Status Permohonan Diterima Atau Tiada Dalam Rekod?
Ramai ahli yang memohon bingung dengan status permohonan yang dipaparkan.
Permohonan diterima adakah bermaksud LULUS?
Ataupun permohonan tersebut hanya sekadar diterima oleh pihak KWSP?
Menurut netizen dalam group Pengeluaran Khas KWSP RM10k FB, sila lihat gambar di bawah :
Namun, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) masih belum keluarkan kenyataan mengenai isu ini.
Harap bersabar dan tunggu kenyataan daripada pihak atas.
Pertanyaan Lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk FAQ Pengeluaran KWSP.
Atau hubungi KWSP di talian Hotline 03-8922 4848.