TERKINI Tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP telah diawalkan bermula 18 April 2022. Status permohonan semakan Pengeluaran Khas KWSP kini boleh dibuat oleh ahli yang telah memohon KWSP RM10k pada 1 April yang lalu.
Bayaran Semakan Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul memaklumkan berita gembira ini dalam laman sosial beliau.
Untuk makluman, Portal Pengeluaran Khas KWSP boleh diakses mulai 1 April 2022.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Rasmi Telegram Bantuan Kerajaan!
Masuk Sini
Tarikh Penting Pengeluaran Khas RM10K
- Tarikh semakan kelulusan : 9 April 2022
- Tarikh pembayaran : Bermula 18 April 2022
- Tarikh tutup permohonan : 30 April 2022
Pembayaran akan dilakukan secara one-off.
Cara Semakan Status KWSP Login
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas melalui kaedah berikut :
- Pergi ke Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik ‘Teruskan’
- Klik ‘Semak Status Permohonan‘
- Isikan No MyKad/ MyPR atau; Nombor pasport/ MyKAS
- Isikan Nombor Telefon Bimbit
- Sahkan Captcha
- Klik ‘Semak Status‘
- Keputusan Permohonan dipaparkan sama ada lulus ataupun gagal.
Anda juga boleh semak baki penyata KWSP akaun 1 dan akaun 2 untuk buat semakan status.
Nota Tambahan KWSP 2022
Sila semak sebelum mengemukakan permohonan kerana TIADA PINDAAN DIBENARKAN selepas permohonan dikemukakan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Pengeluaran Khas KWSP.
Soalan Lazim FAQ
Bila tarikh bayaran pengeluaran khas KWSP?
Tarikh bayaran akan bermula pada 18 April 2022 secara one-off.
Bila tarikh akhir mohon?
Permohonan baru perlu dibuat sebelum 30 April 2022.
Bolehkah amaun Pengeluaran Khas ditukar?
Tidak. Pindaan hanya boleh dibuat ketika permohonan.