Pengeluaran KWSP untuk haji dibenarkan bagi mereka yang mempunyai akaun kwsp dan ingin menunaikan haji.
Bagaimana cara mengeluarkan duit kwsp daripada akaun untuk menunaikan ibadah haji?
Baca juga artikel ini: Bantuan STR Tambahan RM600
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Pengeluaran KWSP Untuk Haji
Ahli kwsp yang beragama islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji sebagai perbelanjaan.
Siapa Boleh Mohon?
Tidak semua orang boleh mengeluarkan kwsp untuk menunaikan ibadah haji. Berikut syarat siapa yang boleh mohon pengeluaran kwsp untuk haji.
- Umur bawah 55 tahun
- Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh Lembaga Tabung Haji
- Tidak pernah memohon pengeluaran haji
- Simpanan di Lembaga Tabung Haji tidak mencukupi
Jumlah Pengeluaran KWSP Untuk Haji
- Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun lembaga tabung haji tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000
- Baki Akaun 2 ( Mengikut mana yang lebih rendah)
Nota tambahan: Jumlah keseluruhan untuk ibadat haji yang ditentukan oleh Lembaga Tabung Haji bergantung kepada kos sebenar mengikut musim haji. Untuk ahli yang mengerjakan haji untuk kali kedua dan seterusnya, perbezaan di atas tidak termasuk kos visa haji.
Dokumen Sokongan
Untuk memohon, bawa bersama dokumen ini ke Pejabat KWSP berdekatan:
- Mykad
- Surat tawaran dari Lembaga Tabung Haji dengan status “DIPILIH”
- Penyata Akaun Simpanan LTH (baki simpanan adalah merujuk kepada baki wang yang ada di dalam Akaun Simpanan LTH ahli pada tarikh Surat Tawaran Mengerjakan Haji dikeluarkan
Ahli tidak perlu mengisi borang, hanya perlu menurunkan cop ibu jari di atas “ Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran” sebagai bukti permohonan pengeluaran.
Terma Bayaran Balik
Jumlah pengeluaran perlu dibayar balik jika:
- Ahli membatalkan/ menangguhkan ibadat haji- jumlah penuh perlu dipulangkan semula ke KWSP
- Ahli meninggal selepas pengeluaran dibuat – waris tidak perlu memulangkan semula dan boleh dituntut tertakluk kepada prosedur LTH terkini.
Maklumat Lanjut
Anda boleh layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/hajj untuk sebarang pertanyaan lanjut.