i-Suri untuk suri rumah, seperti yang kita tahu, suri rumah adalah mak-mak yang tidak bekerja di luar tetapi ‘bekerja’ di dalam rumah dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga, mereka ini tiada sumber pendapatan tetap. Perbelanjaan rumah didapati dari hasil suami mereka yang keluar bekerja.
Oleh itu, kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah turut mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka atau di masa tua mereka.
Pelbagai faedah yang akan mereka dapat melalui skim i-Suri dari KWSP ini. Antaranya mereka dapat menabung dan juga dapat menikmati pelbagai dividen tahunan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh baca dibawah ini.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Apakah itu iSuri kwsp?
Menurut laman rasmi KWSP, i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.
I-suri juga bertujuan untuk membantu para wanita yang tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri KWSP. Tapi tertakluk pada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP.
Mohon Juga : I-Sinar Tanpa Syarat
Manfaat i-Suri
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 pada setiap tahun.
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500
* Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Syarat Kelayakkan I-Suri
- Warganegara Malaysia.
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
Tambahan : Suri rumah hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.
Siapa Yang Boleh Mencarum :
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
Cara Permohonan i-Suri (Klik bawah)
Jika anda merupakan individu yang layak, boleh buat permohonan atau pendaftaran ahli KWSP/i-Suri di mana-mana kaunter KWSP berdekatan
Sila bawa dokumen berikut :
- Mykad
- Borang :
- i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Apa itu i-Suri?
i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.
Berapa bantuan kerajaan yang pencarum i-Suri akan dapat?
Bagi mereka yang mencarum i-Suri, anda akan mendapat RM480 setahun.
Apa manfaat i-Suri?
Banyak manfaat yang anda akan dapat jika mencarum i-Suri. Antaranya ialah dividen tahunan dan banyak lagi.
Had Bayaran
Had bayaran ni seperti berapa minimum dan maksimum had bayaran jika anda daftar dalam i-suri
- Minimum (RM sahaja): Tiada had
- Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Manfaat Caruman Sukarela
- Dapat dividen tahunan
- Dapat Bantuan Hilang Upaya
- Dapat Bantuan Kematian
- Pengeluaran Simpanan
- Insentif Kerajaan
*Manfaat jika anda ahli KWSP – dapat menikmati dividen tahunan, dan layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan insentif kerajaan sebanyak RM480 setahun
Saluran Pembayaran Caruman
- Perbankan Elektronik : Pemindahan wang secara elektronik seperti Maybank, PB, RHB Bank, Bank Muamalat, Cimb Bank
- Kaunter Ejen Bank : Tunai/Cek seperti di BSN, Maybank, PB, dan RHB Bank
- Ejen Bank Berdaftar : Ejen Bank (EB) BSN
- Kaunter KWSP : Tunai (Maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Maklumat Lanjut
Berkenaan I- Suri
- Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)
Bekenaan Kelayakan Insentif i-Suri
- Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000)