Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

i-Sinar : Program i-Sinar Kini Dibuka Kepada 8 juta Pencarum KWSP Yang Terjejas, Pengeluaran Maksimum Meningkat Kepada RM10,000

by Nurul Nurizzati
2021/01
in KWSP, Bantuan
Reading Time: 2 mins read
A A
i-Sinar : Program i-Sinar Kini Dibuka Kepada 8 juta Pencarum KWSP Yang Terjejas, Pengeluaran Maksimum Meningkat Kepada RM10,000

TERKINI Sebentar Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul telah mengumumkan bahawa i-Sinar KWSP kini dibuka kepada 8 juta ahli.
Program i Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum KWSP yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000

Program i-Sinar juga telah diperluas kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan

Dibawah adalah berita sebelum pengumuman hari ini..

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Sebelum ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 8 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Lihat Juga  Tambahan RM1000 BSH B40 Bulan Jun Betul Ke?

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

  • Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  • Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
Lihat Juga  Bayaran BSH Fasa 3 - Berapa Bantuan Yang Akan Diterima? Jom Kira.

i-Sinar : Program i-Sinar Kini Dibuka Kepada 8 juta Pencarum KWSP Yang Terjejas, Pengeluaran Maksimum Meningkat Kepada RM10,000 1

Walaubagaimanapun apa yang kami lihat, ada beberapa syarat ditetapkan untuk memohon kemudahan i-Sinar ini.

  • Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.
  • Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.
  • Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Lihat Juga  Semakan Nombor Siri BPN & Tarikh Penunaian BPN Terus Kaunter BSN

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
16 November 2020

Sumber Rujukan : EPF Portal Rasmi

Previous Post

Apa Itu KL SUMMIT?

Next Post

Boleh Semak Keputusan GKP 2.0 Mulai 27 November 2020 – Tengku Zafrul

Nurul Nurizzati

Nurul Nurizzati menyediakan info-info terbaru mengenai pelbagai isu dan maklumat berkaitan Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Cara login, cara semakan dan lain-lain artikel berkaitan. Menulis dengan penuh authority.

Recent Posts

  • Cara Daftar eMadani RM100 Aplikasi MAE, Setel, Shopee & Touch N Go
  • eMadani TNG: Cara Tebus e-Wallet RM100 Touch n Go 2023
  • Kemaskini STR 2024: Tarikh Akhir Kemaskini STR Fasa 1 Terkini!
  • eMadani RM100: Cara Daftar & Tebus e-Wallet RM100 Madani
  • Tarikh Penting STR 2024: Tarikh Akhir Isi Borang Online & Manual Fasa 1 2024
  • Borang STR 2024: Cara Isi Borang Permohonan Baru STR Terkini!
  • Konstabel Polis Gred YT1: Permohonan Online Terkini 2023!
  • Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran Kecemasan Bila-Bila Masa 2024
  • 321 Kekosongan Jawatan Maritim Malaysia 2023, Minima SPM Layak Mohon
  • Bantuan RM100 Setiap Bulan Penerima STR 2023, Semak Sekarang!

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola
  • Tempat Menarik
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Home
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 5shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 5shares
  • 3
  • 2
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×