Kategori 2 ini adalah untuk Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Bila Tarikh Permohonan i-Sinar Kategori 2?

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi permohonan kategori 2 boleh mula dibuat bermula 11 Januari 2021 (ISNIN) dan dokumen sokongan perlu disertakan bagi permohoan kategori ini. Cara buat permohonan dan semakan boleh ruju isinar tutorial kami sediakan ini.
CARA MOHON i-Sinar Kategori 2 Boleh Rujuk Dibawah.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Persoalan & Jawapan
Apa Dokumen Perlu Disediakan Sebelum Mohon i-Sinar Kategori 2?
Anda perlu bersedia dengan dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan keseluruhan seperti;
š Slip/ Penyata gajiĀ SEBELUMĀ pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh permohonan);Ā DAN
š Slip/ Penyata gajiĀ SELEPASĀ pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus antara bulan April 2020 sehingga bulan permohonan;Ā DAN
š Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa;Ā DAN/ ATAU
š Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank
Perlu Ke Hantar Dokumen Sokong Jika Dah Buat Permohonan Pada Disember 2020?
šPermohonan sebelumĀ 11 Januari 2021Ā adalah untuk pemohon di bawah Kategori 1 yang tidak memerlukan sebarang dokumen sokongan.
šJika status semakan permohonan di i-Sinar Online meminta anda untuk memohon di bawah kategori 2, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan bagiĀ membuktikan pengurangan pendapatan keseluruhan melebihi 30%Ā di i-Sinar Online bermulaĀ 11 Januari 2021Ā untuk diproses
Dah Muat Naik Dokumen Sokongan TETAPI Diminta Untuk Muat Naik Semula, Kenapa Ya?
Anda akan diminta untuk memuat naik semula dokumen sokongan atau tambahan sekiranya dokumen terdahulu yang dimuat naik;
štidak jelas;
štidak lengkap;
štidak berkaitan;
Dokumen ini perlu anda muat naik sebelum 30 Jun 2021 bagi memudahkan proses seterusnya.
Saya bekerja dalam sektor tidak formal (seperti: bekerja sendiri, penghantar makanan, pemandu e-Hailing, Freelancer) dan pendapatan saya terjejas. Apakah dokumen sokongan yang boleh saya kemukakan?
Sekiranya pendapatan anda terjejas melebihi 30%, anda boleh memohon i-Sinar di bawah Kategori 2 dengan mengemukakan dokumen sokongan sepertiĀ Penyata Bank/ apa-apa bentuk rekodĀ yang menunjukkanĀ SEBELUMĀ danĀ SELEPASĀ pendapatan terjejas.
Contoh:Encik Ali merupakan peniaga di pasar tani. Pendapatannya terjejas mulaiĀ April 2020. Beliau memohon i-Sinar padaĀ Januari 2021.Ā Penyata BankĀ yang perlu beliau dikemukakan adalah bagi bulan berikut:
šPilih salah SATU (1) bulanĀ SEBELUMĀ pendapatan terjejasĀ (SATU bulan dalam tempoh 12 bulan di antara bulan April 2019 sehingga Mac 2020)
šPilih salah SATU (1) bulanĀ SELEPASĀ pendapatan terjejasĀ (SATU bulan selepas bulan April 2020 sehingga bulan Januari 2021)
šRujukan lanjut berkaitan FAQ i-Sinar Kategori 2 boleh ruju https://isinar.kwsp.gov.my/faq
Bila Pembayaran i-Sinar Ketegori 2 Dibuat?
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Tarikh-Tarikh Penting i-Sinar
- Permohonan Kategori 1 – 21 Disember 2021
- Permohonan Kategori 2 – 11 Januari 2021
- Permohonan Tamat – 30 Jun 2021
Lain-lain bantuan seperti BPN (Bantuan Prihatin Nasional), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) turut akan dilaksankana oleh kerajaan tidak lama lagi.