i-Saraan KWSP merupakan satu caruman sukarela dan insentif persaaran bagi anda yang bekerja sendiri. bukan sahaja anda yang bekerja sendiri, ini termasuklah jika anda suri rumah, anda juga boleh mencarum sebagai i-Saraan.
Dalam Pelan Pumulihan Ekonomi yang diumukan oleh perdana menteri tempoh hari, sebanyak RM50 juta geran padanan untuk ekonomi gig membuat simpanan KWSP melalui i-Saraan.
i-Saraan KWSP
💡Apa itu iSaraan? i-saraan merupakan caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
💡Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.
📌Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
📌Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Faedah Yang Anda Perolehi
Berdasarkan rujukan yang kami perolehi di laman sesawang rasmi KWSP, ada beberapa faedah yang anda boleh dapat jika anda pencarum i-Saraan ini, antaranya adalah:
🎯Anda yang tiada pendepatan tetap, KWSP menyediakan saluran persaraan kepada anda untuk mencarum sendiri.
🎯Boleh buat pengeluaran dan boleh mencarum ikut kemampuan anda dan masa yang anda ada.
🎯Dapat juga dividen tahunan ikut simpanan sedia ada anda
🎯Dapat pula insentif 15% iaitu maksimum RM250 setahun jika anda adalah ahli berumur kurang dari 55 tahun. Insentif ini dari 2018 sampai 2022.
🎯Dapat pulan bantuan kematian RM2500 (tertakluk pada terma dan syarat kwsp)
Syarat Mohon i-Saraan
Kalau nak mohon mestilah ada syaratnya kan? berikut adalah syarat yang dikeluarkan untuk membuat permohonaan i-Saraan ini.
✅Warganegara Malaysia
✅Bekerja Sendiri – Buat apa-apa kerja sendiri yang mendatang hasil bukanya pekerja
✅Umur 55 Tahun Kebawah
✅Ahli KWSP
✅Telah buat pilihan i-Saraan dengan menghantar borang KWSP 16G(M)
📢Peringatan Penting: Jika andaSuri rumah anda hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.
Cara Daftar i-Saraan
Jika anda layak dan nak baut pendaftaran sebagai ahli KWSP/i-Saraan anda boleh buat demikian di mana-mana kaunter KWSP berdekatan.
Apa yang diperlukan adalah seperti berikut
📜MyKad
📜Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
📜Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
📜Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
📜Minimum (RM sahaja) – Tiada had
📜Maksimum (RM sahaja) RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Caruman sukarela ini bagi pendapat admin amatlah berguna lebih-lebih lagi bagi anda yang bekerja sendiri, atleast anda dah 55 tahun keatas nanti ada dah simpanan hasil caruman anda.
Rujukan :