Jika anda merupakan ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) anda boleh membuat permohonan i-Lestari atau isinar untuk akaun 2 setakat tarikh 30 April 2020 lepas, sahaja bagi pengeluaran bulan Mei jun dan seterusnya nanti.
Apakah i Lestari? I-Lestari adalah pengeluaran bulanan simpanan KWSP bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli-ahlinya.
Bagi ahli yang telah memohon i-Lestari & LULUS permohonan, bayaran untuk bulan pertama akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda bermula pada Mei 2020 dan bulan Kedua adalah Jun 2020 dan sekarang fasa 3 julai 2020
Tarikh Pembayaran i Lestari KWSP Mac 2021 (Jadual)
Klik di bawah untuk dapatkan Jadual & Tarikh pembayaran penuh i-Lestari untuk sesi Mac 2021.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara Buat Semakan i-Lestari

- Tekan “Semak Status Permohonan”
- Kemudian masukkan No IC anda, No telefon & tekan Semak.
- Status permohonan anda akan dipaparkan.
Cara Buat Permohonan Baru I-Lestari Online
Sila baca dan fahamai INFO PENTING sebelum meneruskan permohonan.
- Sila ke laman rasmi i-Lestari di ilestari.kwsp.gov.my.
- Tekan Permohonan Baharu
- Isi Nama Penuh, No IC, No Telefon, Alamat Emel, Alamat dan Poskod.
- Pilih Jumlah Amaun Di Mohon Sebulan (RM)
- Pilih Bank dan Masukkan No Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Yang Aktif
- Tandakan pada Kotak Pengesahan Pengakuan Pemohon
- Baca Perakuan Pemohon dengan teliti & Tekan Setuju
- Tekan HANTAR.

Cara Buat Pengeluaran KWSP Online I-Lestari
- 1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
- 2. Pilih Tab Pengeluaran
- 3. Klik e- Pengeluaran
- 4. Klik Permohonan Baru
- 5. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi
Memetik dari berita Harian Metro dalam kenyataan dikeluarkan KWSP hari ini, bagi menerima pembayaran pengeluaran bermula Mei, ahli kwsp boleh membuat permohonan sehingga 30 April (hari ini).
“Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh itu, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya,” katanya.
Maknanya kalau anda mohon bulan mei makanya anda akan dapat bulan berikutnya.
Baca Juga : Daftar ePerolehan
Soalan Lazim i Lestari KWSP
Berapa lamakah temph kuatkuasa i-Lestari?
Pengeluaran i-Lestari berkuatkuasa pada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
Siapa yang layak mohon i-Lestari?
Mereka yang layak adalah warganegara Malaysia yang berumur 55 tahun ke bawah dan mempunyai baki simpanan akaun 2 KWSP.
Bilakah tarikh pengeluaran i-Lestari Februari 2021?
Pengeluaran untuk bulan Feb bermula pada 2 Februari 2021. Untuk jadual yang lebih lengkap sila rujuk di sini.
Kenapa jumlah pengeluaran i-Lestari hanya RM500 sebulan?
Jumlah maksimum RM500 sebulan adalah jumlah yang berpatutan.
Maklumat Lanjut
- Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: [email protected]
- Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari: [email protected]
- Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun: [email protected]
- Penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus: [email protected]
- Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP lain: enquiry
- Soalan Lazim (FAQ) : Faq
Konsep & Prosedur Pengeluaran KWSP
- Ahli dibenarkan keluar hanya RM500 dari Akaun 2 KWSP
- KWSP akan luluskan tarikh permohonan pengeluaran. Bermula dari tarikh kelulusan hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu pada 31 Mac 2021.
- Contoh a: Jika permohonan diluluskan pada April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 12 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.
- Contoh b: Jika permohonan diluluskan pada bulan Oktober 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 8 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.
Kenapa Hanya RM500 sahaja Boleh Dikeluarkan Sebulan?
Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk mengurangkan beban ahli KWSP. Amaun RM500 sebulan adalah amaun yang berpatutan bagi memenuhi keperluan asas.
Maklumat Lanjut Mengenai Bayaran Pengeluaran i-Lestari
- Bayaran tidak boleh dikreditkan ke dalam bank orang lain.
- Ahli akan dapat notifikasi daripada SMS sekiranya bayaran telah dimasukkan.
- Jika bayaran tidak diterima walaupun permohonan telah lulus, sila buat semakan semula status pembayaran di i-Akaun (Ahli) atau hubungi talian hotline KWSP.