KWSP Login Online : Semakan Penyata

Berikut kami kongsikana bagaimana untuk anda membuat kwsp login (logmasuk) bagu pengguna pertama kali atau yang sudah lama.

kwsp login panduan

Sebelum lebih panjang kami ingin ceritakan berkaitan skamer, kami ingin maklumkan, berhati-hati dengan laman sesawang atau tawaran yang mencurigakan atau phishing site, mereka inginkan identiti anda, kata laluan anda supaya mereka boleh mengambil wang anda.

Pastikan kalau melalui pautan, ianya ke pautan rasmi kwsp sahaja iaitu https://www.kwsp.gov.my/. Kadangkala paparan Skrin log masuk seakan sama dengan kwsp punya portal rasmi tetapi pautannya berbeza.

Cara Masuk KWSP Login Online

➠  Pencarum dikehendaki mendaftar untuk kwsp login i-Akaun sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kaunter KWSP yang berhampiran.

➠  Pencarum boleh mengaktifkan i-Akaun mereka dengan menggunakan ID pengguna sementara dan Kata Laluan yang diberikan selepas pendaftaran.

➠  Pengaktifan mesti dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari.

Step 1 – Setelah membuat pendaftaran, anda akan menerima SMS dengan kata laluan untuk i-Akaun  untuk pengaktifan

Step 2 – Sila Pergi ke www.kwsp.gov.my (Paparan seperti dibawah),pastikan pautan anda betul. Apa itu pautan ini adalah pautan kwsp rasmi –> https://www.kwsp.gov.my/

Step 3 – Pilih –> Ahli i-Akaun

Step 4 – Masukkan ID Pengguna yang diterima melalui SMS dan klik Next

Step 5 – Sila masukkan kata laluan yang diterima menerusi SMS dan klik Masuk

Step 6 – .Sila baca terma dan syarat, dah baca sila Tandakan pada kotak semak
kemudian klik Seterusnya

Step 7 – Buat ID Pengguna baru dalam ruangan ID Pengguna.
ID Pengguna baru mesti mempunyai kombinasi abjad angka 8- 16 digit (contoh: ahmad1234)

Nota: Ahli boleh menukar ID Pengguna dan hanya boleh dilakukan sekali sahaja semasa proses pengaktifan)

Step 8 – Sila buat Kata Laluan Baru dengan kombinasi nombor angka alpha 8- 20 dan masukkan semula untuk mengesahkan kata laluan baru. (Contoh: AbuAli12345)

Step 9 – Pilih Imej Dalam Talian (Sudu, Cawan, Etc.)

Step 10 – Masukkan Frasa Rahsia dengan maksimum 10 aksara panjang kemudian klik Seterusnya atau Next.

Step 11 – Paparan pengaktifan yang berjaya akan dipaparkan Ahli boleh terus log masuk ke i-Akaun

Semakan Penyata KWSP i-Akaun

Jika anda dah selesai buat pendaftaran dan nak buat semakan penyata kwsp boleh klik login dan masuk pautan “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya

Baca Juga : Mengenai LPPSA Online Pinjaman Perumahan

Lain-lain yang terdapat dalam i-Akaun Kwsp adalah:

➠ Permohonan e-Pengeluaran
➠ Semakan transaksi caruman KWSP
➠ Semakan maklumat penamaan
➠ Kemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
➠ Semakan log aktiviti i-Akaun
➠ Semakan Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
➠ Kira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
➠ Semakan status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran

Permohonan Pengeluaran KWSP

➠ Bagi memudahkan pencarum  KWSP membuat persediaan bagi menghadapi alam persaraan yang lebih selesa

➠ KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada, boleh rujuk syarat bagi pengeluaran penuh dan sebahagian di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

➠ Permohonan boleh dilakukan menerusi login akaun kwsp anda.

Rujukan Info :

➠ Portal Rasmi Kwsp
➠ Presentation Cara KWSP Login

Disclaimers : Artikel yang dikongsikan ini merupakan perkongsian cara bagaimana untuk membuat permohonan, semakan penyata kwsp sahaja, bukannya mohon melalui website ini, segala rujukan adalah bersandarkan laman rasmi pada status “rujukan info” di atas.

Leave a Reply