Home » KWSP » KWSP Lancarkan Dua Inisiatif Bantu Majikan

KWSP Lancarkan Dua Inisiatif Bantu Majikan

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan dua inisiatif baharu untuk majikan bagi meringankan pengurusan aliran kewangan mereka ketika tempoh pandemik, sekali gus membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab statutori ke atas pekerja.

Melalui inisiatif pertama iaitu pengecualian caj lewat bayar caruman, majikan akan diberi kelonggaran untuk tempoh membayar caruman bulan semasa, manakala melalui inisiatif kedua iaitu Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR), majikan berpeluang mendapatkan pengurangan menyelesaikan baki caj lewat bayar yang tertunggak.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, pengecualian caj lewat bayar caruman merujuk kepada caj yang dikenakan ke atas majikan yang gagal membayar caruman wajib KWSP pada atau sebelum 15 hari bulan setiap bulan.

“Walaupun tarikh akhir untuk membayar caruman berkenaan tidak berubah, melalui inisiatif ini majikan boleh membayar caruman mereka sehingga akhir setiap bulan tanpa dikenakan caj lewat bayar.

“Ini akan memberi fleksibiliti kepada majikan untuk mengurus aliran tunai mereka dengan lebih efektif dalam tempoh yang mencabar ini.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

“Pihak majikan tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk inisiatif ini yang akan berkuat kuasa secara automatik bermula caruman bulan September 2021 hingga Disember 2021,” katanya.

KWSP berkata, bagi inisiatif e-PaR pula, majikan ditawarkan pengurangan sehingga 70 peratus untuk caj lewat bayar yang tertunggak bagi caruman yang lewat dibayar untuk mana-mana tempoh sebelum Ogos 2021.

“Untuk layak mendapatkan pengurangan ini, majikan perlu memastikan caruman dan dividen yang tertunggak untuk pekerja mereka bagi tempoh sebelum Ogos 2021 telah diselesaikan sebelum 31 Disember 2021.

“Pengurangan caj lewat bayar caruman ini bertujuan untuk membantu majikan menguruskan aliran tunai mereka di samping menyediakan peluang & insentif untuk mereka menyelesaikan sebarang baki pembayaran caruman yang tertunggak.

“Permohonan e-PaR akan dibuka mulai 13 September 2021 hingga 31 Disember 2021,” katanya.

Menurut KWSP, kedua-dua inisiatif yang ditawarkan ini diharap dapat mengurangkan impak pandemik ke atas operasi perniagaan selain memastikan majikan dapat meneruskan tanggungjawab membayar caruman pekerja untuk simpanan persaraan mereka.

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “KWSP Lancarkan Dua Inisiatif Bantu Majikan” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!