Kutipan cecah RM90 juta, penerbit Mat Kilau hadiah pakej umrah buat produksi

Alhamdulillah Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dengan mengutip sehingga RM90 juta sejak hari pertama ditayangkan semestinya telah berkongsi satu petanda baik kepada industri perfileman kepada negara kita.

Penerbit dan jugak pelakon yang sangat bersyukur dengan kejayaan ini adalah  penerbit filem tersebut iaitu Abdul Rahman Mat Dali dari Studio Kembara Sdn Bhd memandangkan ini adalah filem pertama terbitan syarikatnya.

 

Nak kongsi rezeki & beri bonus kepada produksi

 

Seorang penerbit yang bernama Abdul Rahman juga akan berkongsi rezeki untuk yang diperoleh untuk menolong rakyat-rakyat yang sangat memerlukan makanan dan jugak pakaian.

Baru-baru ini, Abdul Rahman turut juga berniat untuk memberikan bonus kepada para pelakon serta kru produksi yang terlibat sehingga filem ini berjaya meraih kejayaan seperti luar biasa.

“Syukur dengan nilai kutipan, kita telah berjaya pulang modal. Namun tidak perlulah saya beritahu berapa jumlahnya kerana ia masih ditayangkan. Penonton juga boleh kira sendiri.”
“Dengan pencapaian ini, saya juga akan beri imbuhan yang munasabah kepada semua produksi. Mungkin bukan hanya wang ringgit, tetapi boleh juga berikan hadiah dalam bentuk pakej ibadah umrah,” ujarnya.

Kutipan cecah RM90 juta, penerbit Mat Kilau hadiah pakej umrah buat produksi 2

Penerbit iatu Abdul Rahman juga ada berniat untuk menolong anak-anak yatim piatu dengan memberikan biasiswa kecil bagi persekolahan mereka selepas tayangan filem Mat Kilau selesai.

“Selain itu saya merancang untuk membantu anak-anak yatim yang susah dengan memberikan biasiswa kecil untuk pembiyaan sekolah mereka. Semua ini akan dilakukan selepas filem Mat Kilau tamat tayangan nanti,” katanya.

Kutipan cecah RM90 juta, penerbit Mat Kilau hadiah pakej umrah buat produksi 3]

Filem Mat Kilau ini diarahkan oleh pengarah tersohor, Syamsul Yusof ini mulai ditayangkan pada 23 Jun 2022 dan mendapat respon yang sangat baik daripada penonton.

 

Kami Harap filem Mat Kilau jadi bahan rujukan di sekolah

 

Oleh sebab itu, Abdul Rahman juga berharap agar filem yang mengambil ikhtibar dari perjuangan pahlawan Melayu, iatu Mat Kilau ini dapat juga menjadi bahan rujukan di sekolah dan jugak di malaysia kerana mengetengahkan nilai-nilai murni.

“Saya juga mendapat maklum balas dalam kalangan guru sekolah dan mereka juga setuju jika karya ini menjadi salah satu bahan rujukan untuk sekolah.
“Perjuangan Mat Kilau boleh dibincangkan lebih lanjut lagi kerana ia bukan sahaja tentang perjuangan menentang penjajah, tetapi turut mengandungi nilai-nilai baik untuk dipelajari,” tambahnya.

Kutipan cecah RM90 juta, penerbit Mat Kilau hadiah pakej umrah buat produksi 4

Untuk maklumat itu, filem ini dibintangi beberapa nama tekernal seperti Dato’ Adi Putra, Beto Qusyairi, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari, Khir Rahman, Elly Suriati dan ramai lagi.

Filem ini juga sudah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengutip RM1 juta pada hari pertama tayangannya.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3