Home » Pendidikan » Kursus iKurnia: Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas Secara Online

Kursus iKurnia: Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas Secara Online

Kursus iKurnia: Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas Secara Online 2021

Berita baik! Genius Kurnia memperkenalkan satu lagi kursus dalam talian untuk anda semua.

Ini merupakan kursus dalam talian yang baharu, menerangkan dengan terperinci mengenai panduan strategi intervensi untuk kanak-kanak bekeperluan khas.

Kursus ini boleh diikuti secara dalam talian yang dibangunkan khusus kepada guru-guru & ahli terapi dalam menjalankan intervensi kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

Portal Malaysia ingin berkongsi apa yang disediakan dalam kurus ini serta cara menyertai.

Baca Juga: Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 /2023 Sekolah KPM

iKurnia MOOC : Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas Genius Kurnia Secara Dalam Talian (Online)

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas menawarkan maklumat bagi komuniti khususnya guru-guru yang mendidik kanak-kanak berkeperluan khas.

Kursus ini menerangkan aspek penting yang perlu dititikberatkan ketika mendidik atau menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Apakah Yang Akan Dipelajari?

  1. Peserta dapat menyatakan pengalaman yang dihadapi oleh para ibu bapa & guru yang mendidik anak berkeperluan khas
  2. Peserta dapat menyenaraikan langkah-langkah penaksiran yang dijalankan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
  3. Peserta dapat menerangkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keadaan dan situasi kanak-kanak
  4. Peserta dapat menjelaskan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak berkeperluan khas

Modul Kursus iKurnia

Modul dalam kursus ini merangkumi seperti dibawah:

  1. Modul 1: Perkongsian Pengalaman
  2. Modul 2: Pentaksiran
  3. Modul 3: Strategi Pengajaran
  4. Modul 4: Aktiviti Pembelajaran

Berikut dikongsikan panduan strategi intervensi awal yang dijalankan di GENIUS Kurnia iaitu di platform MOOC Open Learning bagi manfaat andasemua.

  • PERCUMA & AKSES 24 JAM.
  • E-SIJIL
  • Terima mata jam kredit untuk SPLKPM & MyCPD (tertakluk pada terma & syarat).

Baca juga: SRAS: Cara Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM200 Sebulan / 3 Tahun

Cara Menyertai Kursus Genius Kurnia

KLIK pada pautan seperti dibawah:

https://www.openlearning.com/permatakurnia/courses/ikurnia-pakkbk 

Jom sertai!

Penafian – Semua yang portalamalaysia share dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Kursus iKurnia: Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas Secara Online” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!