Baru-baru ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika ini sedang dalam tindakan meningkatkan infrastruktur perkhidmatannya.
Secara terperinci ianya meliputi kerja-kerja membaik-pulih kereta api lama dan menambah kereta api baharu untuk kepentingan pengguna.
Baca juga:
Pihak KTMB menyedari isu kekurangan koc tempat duduk serta kehabisan pembelian tiket perkhidmatan telah menyukarkan para pengguna.
Justeru itu, KTMB bersama pihak terlibat memaklumkan akan mempercepatkan projek naik-taraf kemudahan di Lembah Klang.
Tindakan naik-taraf kualiti perkhidmatan ini, walau bagaimanapun akan memberi kesan kepada ketetapan masa dan waktu perjalanan untuk sesetengah laluan antara stesen Rawang ke Kuala Lumpur.
Sekadar info, KTMB dikhabarkan bakal menambah jumlah tempat duduk dengan penambahan jumlah koc dari 6 koc kepada 12 koc kelak.
Sumber: RNGGT.COM