Pelbagai jenis produk pemutih yang dihasilkan oleh pengasas yang tidak berpengalaman dan kini ianya masih lagi berterusan kerana terdapat banyak permintaan daripada pengguna yang terdiri daripada lelaki dan wanita.
Malah terdapat juga suntikan yang dikatakan mampu memutihkan kulit dengan segera dan dijamin berkesan tetapi semestinya mengenakan bayaran yang mahal dan perlu dilakukan secara berkala .
Walaupun cara ini mendapat kritikan ramai dan pernah menjadi isu kerana terdapat pengguna yang mengalami kerosakkan pada organ dalaman dan juga kerosakkan luaran pda tubuh mereka kerana mengamalkan produk dan kaedah suntikan untuk pemutihan.
Ramai yang juga mendakwa produk pemutih serta suntikan tidak memberikan kesan kepada mereka walaupun diamalkan secara berterusan hingga menghabiskan banyak wang.
Malah terdapat juga kajian daripada pihak KKm dan mengesahkan bahawa sesetengah pemutih menggunakan bahan yang berbahaya dan tidak sesuai buat tubuh badan manusia yang normal.
Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku pada tubuh badan yang kita cintai , mari kita cuba menggunakam bahan semulajadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan mulus tanpa bahan kimia.
Bahan yang diperlukan :
- 1 biji sengkuang saiz sederhana
- 3 sudu besar air perahan lemon
- 1 sudu besar madu
- 1 gelas air
Cara membuatnya :
- Basuh bersih sengkuang dan kupas kulitnya lalu parut halus untuk mendapatkan ekstraknya.
- Masukkan sengkuang ke dalam bekas besar berisi 1 gelas air lalu ramas sengkuang yang telah diparut sehingga warna air berubah menjadi keruh.
- Kemudian tapis dengan penapis halus dan perah untuk mendapatkan ekstraknya.
- Simpan air perahan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.
- Keesokkan harinya , mendapan bewarna putih akan kelihatan dan buangkan air yang terdapat dipermukaannya.
- Biarkan mendapan didalam bekas berkenaan dan kemudian tambahkan air lemon, madu dan kacau hingga sebati hingga menjadi krim.
- Masukkan krim ke dalam bekas bertutup yang bersesuaian dan sudah boleh digunakan.

Krim tersebut boleh digunakan sebagai krim pelembab muka dan perlu dipakai secara teratur iaitu 2 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.
Dalam 1 ke 2 minggu , pengguna akan dapat meliha tkulit muka atau bahagian badan tertentu lebih cerah , bersih dan halus selepas menggunakan krim berkenaan setiap hari tanpa skip .
Krim ini sesuai untuk semua jenis kulit dan krim perlu disimpan di dalam chiller untuk tahan lama kerana ianya tanpa bahan kimia .