Berikut kami kongsikan berkaitan info-info SSPN i online dimana banya keistimewaan yang diperolehi lebih-lebih lagi apabila melibatkan ptptn. Kemudahan yang disediakan amat berbaloi, cara daftar sspn boleh rujuk dibawah.
Apa Itu SSPN i?
💡SSPN-i atau dikenali juga sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional ialah satu skim atau instrumen simpanan bertujuan untuk pendidikan tinggi dan direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
💡Dengan menggunakan SSPN-i ini pelajar IPT atau Politeknik boleh memohon dan membiayai pinjaman, pelajar juga DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-ini dengan simpanan minimum yang ditetapkan oelh PTPTN.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
💡Bagi mempercepatkan proses, pelajar digalakkan membuka akaun melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB bank. Baca perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut tentang SSPN-i ini :
Keistimewaan SSPN-i
📚 SSPN-i membolehkan pelajar untuk layak memohon pinjaman pendidikan
📐Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 8,000.00 setahun
💎Perlindukan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas
➠Pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun akan disediakan perlindungan takaful secara percuma manfaat kematian / ilat kekal (RM ke Rm) dan khairat kematian. Penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan khairat kematian tertakluk pada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
➠Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran
💰Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak
➠Apabila nak diterima dan mendaftar masuk ke IPT, keluarga layak dipertimbangkan Geran Sepadan jika berpendapatan bulanan gaji (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
🧰Simpanan dijamin oleh Kerajaan
⚖️Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
🗃Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i
Kemudahan Simpanan SSPN-i
Terdapat beberapa kemudahan simpanan SSPN-i. Dibawah saya kongsikan sedikit sebayak kemudahan yang ada :
0️⃣1️⃣Kaunter PTPTN
✔️Kad Debit / Kad ATM
✔️Tunai
0️⃣2️⃣Potongan Gaji
✔️Awam
✔️Swasta
✔️Permohonan Online
✔️Permohonan Manual (Borang Kebenaran Potongan Gaji hendaklah dihantar ke kaunter PTPTN terdekat)
0️⃣3️⃣Direct Debit
✔️Kemudahan potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/Akaun Semasa
✔️Mohon Direct Debit secara online
✔️Sila rujuk ke Manual Pengguna Permohonan Online sebagai panduan
0️⃣4️⃣MyPay PTPTN
✔️Penambahan deposit SSPN-i secara online dengan menggunakan mobile web untuk pautan MyPay
0️⃣5️⃣Anda juga boleh menggunakan Perbankan Internet seperti :
✔️Maybank2u
✔️CimbClicks
✔️myBSN
0️⃣6️⃣JomPAY
✔️40 bank terlibat dengan SSPN-i
✔️Dapatkan Biller Code dan Ref-1 di laman web PTPTN jomPAY
✔️Anda boleh rujuk manual pengguna untuk panduan bayaran
0️⃣7️⃣Di bawah adalah kaunter ejen PTPTN
✔️Bank Islam
✔️Maybank
✔️Agro Bank
✔️Bank Rakyat
✔️RHB Islamic Bank
✔️BSN
✔️CIMB Bank
0️⃣8️⃣e-pay
✔️Saluran bayaran pinjaman dan penambhaan deposit secara tunai
✔️Perkhidmatan e-pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER dan Petron.
✔️Maklumat lanjut
0️⃣9️⃣Razer Cash di 7-Eleven
✔️Saluran bayaran pinjaman dan penambahan deposit simpanan secara tunai
✔️Sila rujuk Manual Pembayaran Melalui RAZERPay sebagai panduan
✔️Pautan Razer Cash di 7-Eleven
1️⃣0️⃣ATM/CDM/CICO
✔️Kemudahan yang disediakan oleh Bank Rakyat
✔️Kemudahan yang disediakan oleh Bank Islam
1️⃣1️⃣Portal Rasmi PTPTN
✔️Financial Process Exchange (FPX)
✔️Penyata simpanan juga boleh disemak di FPX
✔️Senarai bank terlibat : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, Public Bank, RHB Bank, AmBank, Hong Leong Bank, United Overseas Bank (UOB), Bank Muamalat, Affin Bank, Alliance Bank, CIMB Bank
Pelepasan Taksiran Cukai
Berikut merupakan pelepasan taksisan cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN-i :
🔔Pelepasan sehingga RM 8,000.00 maksimum setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa akan diberikan kepada ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak
🔔Pelepasan sehingga maksimum RM 8,000.00 seorang setahun akan diberikan kepada ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama.
🔔Pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun akan diberikan kepada ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpana SSPN-i berasingan
🔔Tidak akan diberikan pelepasan taksiran cukai kepada individu yang menyimpan untuk diri sendiri.
Syarat-syarat Pembukaan Akaun SSPN-i
Kepada anda yang ingin membuka akaun SSPN-i, syarat-syarat seperti dibawah haruslah dipenuhi supaya pembukaan akaun diterima. Berikut adalah syarat-syarat pembukaan akaun SSPN-i :
✅Warganegara Malaysia bagi pendeposit dan penerima manfaat akaun SSPN-i
✅Pembukaan akaun juga dibolehkan bagi pendeposit yang ingin membuka untuk dirinya sendiri
✅Untuk penerima manfaat yang sama, pendeposit hanya boleh membuka satu akaun sahaja
✅Penerima manfaat mestilah berumur anatara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun
✅Seorang penerima manfaat pasa masa yang sama boleh menjadi pendeposit dimana penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain
✅Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat
Kategori Umur
Terdapat 3 kategori umur untuk ttujuan pembukaan akaun SSPN-i dan berikut adalah kategori had umur yang ditetapkan :
📑Kategori 1 :
Penerima maanfaat yang akaunnya dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain hendaklah berumur 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun.
📑Kategori 2:
Warganegara Malaysia yang ingin mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat dima akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga/warganegara Malaysia yang lain hendaklah berumur 18 tahun sehingga mencapai 29 tahun.
📑Kategori 3 (Akaun individu) :
Warganegara Malaysia yang beurmur 29 tahun ke atas perlu membuka akaun individu.
Menabung Melalui Potongan Gaji
Anda juga boleh membuat tabungan melalui potongan gaji dan dibawah saya kongsikan penabungan SSPN-i melalui potongan gaji dengan 3 kaedah :
0️⃣1️⃣Permohonan potongan gaji boleh dibuat dengan dua cara iaitu:
✔️memalui permohonan potongan gaji online PTPTPN
✔️mengisi Borang Kebenaran/Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN-i
✔️Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar ke cawangan berdekatan.
0️⃣2️⃣Bagi kakitangan awam, anda boleh membuat potongan gaji SSPN-i melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (senarai JANM)
0️⃣3️⃣Anda jugaa boleh membuat potongan gaji SSPN-i melalui agensi yang telah melaksanakan potongan gaji SSPN selain daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Cara Membuka Akaun Online
✅Anda boleh membuat pembukaan akaun SSPN-i dengan 3 cara iaitu :
0️⃣1️⃣Pembukaan akaun secara online
0️⃣2️⃣Di kaunter PTPTN
0️⃣3️⃣Di kaunter ejen SSPN-i
✅Untuk membuka akaun secara online anda boleh ikuti langkah berikut :
0️⃣1️⃣Klik pada ruangan yang bertulis “Pembukaan Akaun”
0️⃣2️⃣Anda perlu membuat pendaftaran dan isi maklumat t\ seperti :
🗂Butiran Pendeposit
🗂Butiran Penerima Manfaat/Diri Sendiri
🗂Butiran Waris Terdekat
🗂Deposit
🗂Dan klik “hantar”
0️⃣3️⃣Kemudian isi maklumat seterusnya iaitu di pembayaran
0️⃣4️⃣pembukaan akaun berjaya dihantarkan
📌Peringatan :
➠Hanya Borang Pembukaan Akaun SSPN-i diperlukan
➠Pelanggan digalakkan berurusan di cawangan PTPTN atau kaunter Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepat proses pembukaan akaun.
*Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, Surat Perakuan Berkanun/ Sijil Anak Angkat hendaklah disertakan bagi menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan dan Geran Sepadan.
Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk membuat urusan SSPN-i dan PTPTN. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk ke :
Maklumat Lanjut
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
📍Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
☎️Careline: 03 – 2193 3000
📠Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare