Program Penajaan Pengajian Tertiari ini ialah program yang ditawarkan oleh MARA dan ianya terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh peringkat Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih.
Tawaran penajaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran bagi pelajar lepasan asasi/STPM dan Diploma yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Baca maklumat seterusnya ntuk perkongsian yang lebih lanjut berkenaan program tersebut :
Syarat Kelayakkan Umum
Bagi anda yang baru sahaja menghabiskan pengajian di peringkat Diploma atau asasi/STPMdan ditawarkan ke IPT untuk Ijazah Pertama, anda boleh memohon Penajaan Pengajian Tertieri ini berdasarkan syarat kelayakkan berikut :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa mestilah berwarganegara Malaysia atau bertaraf Bumiputera
- Melepasi syarat kelayakan SES yang ditetapkan oleh MARA dengan jumlah pendapatan cukai ibubapa tidak melebihi RM180,000 setahun
- Pemohon tidak menerima baantuan kewangan atau tajaan dari sebarang agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor)
- Belum pernah mendapat pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama
- Tidak menghadapi penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan
- Semasa permohonan dibuat, had umur pemohon hendaklah tidak melebihi 40 tahun
Bidang Utama
Bagi pelajar yang ingin mendapatkan penajaan ini, berikut adalah fokus bidang utama yang diperlukan bagi program pinjaman pelajaran :
- Kejuruteraan dan Persekitaran
- Pemasaran, Pengurusan dan Perniagaan
- Rekabentuk Kreatif
- Teknologi Maklumat dan Sains Komputer
- Senibina Profesional
- Perakaunan dan Kewangan
- Sains Perubatan
- Food Security
- Pengangkutan – Rekabentuk Kenderaan dan Kejuruteraan
Cara Mohon
Bagi pelajar yang akan menyambung pelajaran ke Ijazah Pertama, anda boleh membuat permohonan untuk Penajaan Pengajian Tertieri ini jika anda berminat. Berikut saya kongsikan info permohonan :
- Permohonan haruslah dibuat secara atas talian (online) di laman web Edu rasmi MARA
- Permohonan boleh dibuat dalam masa 22 hari bermula 13 April 2020 sehingga 4 Mei 2020
- Pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap oleh calon.
- Sebarang dokumen tidak perlu dicetak dan dihantar kepada MARA sehinggalah dimaklumkan nanti
- Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web rasmi MARA
Senarai Institusi
Dibawah ialah senarai Institusi yang boleh membuat permohonan Penajaan Pengajian Tertieri ini, anda boleh semak jika IPT yang akan anda masuki tersenarai :
- Universiti Awam
- Government Link University
– Universiti Teknologi Petronas
– Universiti Tenaga Nasional
– Universiti Multimedia - Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
– Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AimstUniversity)
– Asia Pacific University of Technology and Innovation
– City University
– Curtin University Sarawak Malaysia
– International Medical Universit
– INTI University
– KDU University College
– Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya
– Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (uniSHAMS)
– Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
– University of Cyberjaya
– Koleh Universiti TATI
– Lincoln University College
– MAHSA University
– Management and Science University
– Monash University Malaysia
– NewCastle University Medicine Malaysia
– Perdana University
– SEGI University
– Sunway University
– Swinburne University of Technology Sarawak Campus
– Taylor’s University
– Twintech Internattional University College of Technology
– The University of Nottingham Malaysia Campus
– UCSI University
– Universiti HELP
– University Infrastruktur Kuala Lumpur
– Universiti Nilai
– Universiti Tunku Abdul Rahman
FAQ TESP 2020
Saya sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma, adakah saya layak memohon?
Tidak boleh. Program ini dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sahaja
Saya berada di tahun kedua dan sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan, adakah saya layak memohon?
Anda layak memohon Program TESP ini sekiranya Institusi Pengajian Tinggi anda berada di dalam senarai IPT yang dipilih oleh MARA.
Adakah Program TESP 2020 ini adalah Biasiswa yang ditawarkan oleh MARA?
Ini adalah pinjaman bolehubah. Pelajar digalakkan membuat permohonan pengurangan bayaran balik setelah tamat pengajian nanti. Selain itu, pinjaman ini tidak dikenakan sebarang kadar faedah.
Bilakah permohonan TESP 2020 akan dibuka?
Permohonan dibuka selama 20 hari bermula 13 April 2020 (Rabu) jam 10.00 pagi hingga 4 Mei 2019 (Isnin) jam 12.00 tengahari.
. Saya mendapat PNGK 2.80 di peringkat asasi tahun 2018. Bolehkah saya memohon?
Ya, boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajarlepasan asasi dan setaraf yang telah tamat pengajian pada 2019 sahaja.
Bolehkah saya memohon Program TESP 2020 sekiranya Ibu/bapa saya telah disenaraihitam MARA?
Tidak boleh. Ibu, ayah, penjaga, penjamin dan pemohon perlu bebas dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program TESP 2020.
Bilakah saya boleh membuatsemakan keputusan?
Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda yang ingin melanjutkan pelajaran ke Ijazah Pertaman dan dapat membuat permohonan penajaan dengan mudah daripada program MARA tersebut. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk atau hubungi ke :
Bahagian Komunikasi Korporat MARA
Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-261 32000
Laman web: http://www.mara.gov.my / https://myeduloan.mara.gov.my/