Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) diwujudkan bagi mengatasi masalah pertindihan data latihan guru dan tempoh masa yang lama dalam mengumpul serta melaporkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG) oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah menerusi prosedur kutipan secara manual. Di bawah kami kongsikan maklumat yang lebih terperinci mengenai SPLG ini :
Tujuan ESPLG KPM
Tujuan ESPLG ini adalah bertujuan untuk menguruskan rekod latihan guru secara atas talian. Terdapat dua modul utama dalam komponen SPLG iaitu Modul SULDP dan Modul Individu.
0️⃣1️⃣Modul SULDP
Ia digunakan oleh penyelaras LDP di peringkat Bahagian, Jabatan, PPD dan sekolah untuk mengurus kursus-kursus yang dilaksanakan secara berkumpulan (Schoolbase) serta pengesahan maklumat eProfile PPP dan menyokong kursus-kursus luar dan Book Review yang dimasukkan pengguna menerusi Modul Individu.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
0️⃣2️⃣Modul Individu
Ia digunakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana bagi merekod maklumat kepakaran (eProfile) dan merekodkan kursus-kursus yang dihadiri diluar (KKL) dan Book Review (BR)
Faedah ESPLG
Selain daripada pencapaian sasaran yang di ukur dalam ESPLG ini, ia juga memberikan faedah dan sumbangan kepada semua pihak memperolehinya seperti :
✅Pemantauan sekolah lebih banyak bilangannya
✅Proses penyampaian(delivery system) lebih cepat dan karenah birokrasi dikurangkan
✅Menerima maklumat dalam tempoh masa sebenar (real time)
✅Pencapaian oleh semua pihak (stakeholders) dapat dicapai dengan mudah
✅Dapat digunakan di mana sahaja yang mempunyai rangkaian internet
✅Masa pemantauan dapat dijimatkan
✅Pergerakan pegawai dapat dikurangkan
✅Kos pemantauan dapat dijimatkan
✅Bilangan sebenar latihan yang dihadiri oleh guru-guru dapat diperolehi dengan cepat
Cara Login ESPLG KPM
Bagi anda yang ingin menggunakan ESPLG ini dan ingin mengetahui cara Login ke ESPLG ini, berikut kami kongsikan cara untuk mengakses ESPLG KPM tersebut :
Nota Tambahan : mulai sekarang ESPLG akan diakses melalui SPLKPM
0️⃣1️⃣Sila layari ke portal rasmi SPLG/ESPLG KPM di https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
0️⃣2️⃣Masukkan No Kad Pengenalan anda dengan betul pada ruang yang disediakan
0️⃣3️⃣Kemudian, masukkan Kata Laluan anda dengan betul
0️⃣4️⃣Klik pada butang Hantar dan anda akan dibawa ke paparan dalaman eSPLG KPM
0️⃣5️⃣Jika anda terlupa password anda, sila klik pada butang “Lupa Kata Laluan” untuk reset semula dan selesai
Semoga perkongsian di atas membantu anda yang dijadikan sebagai rujukan dan panduan untuk menggunakan SPLG ini bagi tujuan menguruskan rekod latihan guru secara talian dengan mudah. Semoga dengan menggunakan sistem ini ia dapat meningkatkan prestasi pendidikan guru dan mencapai pencapaian sasaran. Semoga bermanfaat