eSPBT ini merupakan Sistem Pesanan Buku Teks dalam versi baharu bagi pelajar memesan buku kegunaaan tahun hadapan. Ia telah dinovasi dan ditambahbaik sering dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa iaitu secara atas talian dan capaian melalui internet.
Versi sistem pesanan yang terdahulu adalah BTBT Online yang telah dibangunkan menggunakan ORACLE 6i. Berikut merupakan pengguna bagi sistem ini yang terdiri daripada :
📌Sekolah
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
📌PPD
📌JPN
📌Bahagian Buku Teks (BBT)
📌Selaku pentadbir dan urus setia sistem
Proses Kerja Sistem eSPBT
Berikut merupakan proses kerja pesanan buku teks beserta pihak yang bertanggungjawab :
0️⃣1️⃣Kemaskini profil Guru Penyelaras SPBT Sekolah – Guru Penyelaras SPBT
0️⃣2️⃣Persediaan sebelum pengisian data enrolmen murid dan pesanan buku teks (Pra Pesanan) – Guru Penyelaras SPBT
0️⃣3️⃣Pengisian enrolmen murid dan pengesahan enrolmen murid – Guru Penyelaras SPBT
0️⃣4️⃣Kemaskini profil Pengetua/Guru Besar – Pengetua/Guru Besar
0️⃣5️⃣Pengesahan pengisian enrolmen murid – Pengetua/Guru Besar
0️⃣6️⃣Pengisian pesanan buku teks SPBT – Guru Penyelaras SPBT
0️⃣7️⃣Semakan ralat – Guru Penyelaras SPBT
0️⃣8️⃣Pengesahan data pesanan – Guru Penyelaras SPBT
0️⃣9️⃣Pengesahan data pesanan sekolah – Pengetua/Guru Besar
1️⃣0️⃣Janaan laporan – Guru Penyelaras SPBT Pengetua/Guru Besar
Cara Login eSPBT
Bagi pihak yang ingin mengakses sistem eSPBT ini bagi tujuan bagi urusan buku teks sekolah ini, berikut kami kongsikan cara untuk mengakses/login sistem eSPBT ini :
0️⃣1️⃣Login web Sistem Pengurusan Buku Teks (sistem eSPBT) pada laman sesawang https://espbt.moe.gov.my
a) Masukkan kod sekolah.
b) Masukkan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
c) Klik butang Login.
0️⃣2️⃣Kemaskini profil Guru Penyelaras SPBT Sekolah
a) Masukkan maklumat pengguna sistem. Tanda ** wajib diisi.
0️⃣3️⃣Persediaan sebelum pengisian data enrolmen murid dan pesanan buku teks (PRA PESANAN)
a) Klik tab Pra Pesanan.
b) Klik butang Muatturun Format Excel untuk muat turun borang maklumat stok dan unjuran enrolmen murid.
c) Isikan maklumat yang diperlukan.
0️⃣4️⃣Pengisian enrolmen murid dan pengesahan enrolmen murid oleh Guru Penyelaras SPBT Sekolah
a) Klik tab Enrolmen.
b) Isikan enrolmen murid Islam dan murid bukan Islam.
c) Pilih TIDAK sekiranya tidak bersetuju dengan data APDM dan ingin membuat
perubahan data.
d) Klik butang Simpan.
e) Klik butang Cetak untuk semak data enrolmen murid.
f) Pilih butang Kembali sekiranya tidak bersetuju dan ingin membuat perubahan data.
g) Klik tanda √.
h) Klik butang Pengesahan Enrolmen.
i) Klik Log keluar.
0️⃣5️⃣Log masuk Pengetua/Guru Besar
a) Masukkan PGBKod Sekolah. Contoh : PGBWEA2049.
b) Masukkan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
c) Klik butang Login.
0️⃣6️⃣Kemaskini profil Pengetua/Guru Besar
a) Masukkan maklumat pengguna sistem. Tanda ** wajib diisi.
0️⃣7️⃣Pengesahan pengisian enrolmen murid oleh Pengetua/Guru Besar
a) Klik tab Makluman.
b) Klik Pengisian Enrolmen oleh Sekolah.
c) Semak data enrolmen murid yang telah dimasukkan oleh sekolah.
d) Pilih Tidak/Perlu dikemaskini sekiranya ingin membuat perubahan data.
e) Klik tanda √.
f) Klik butang Hantar Pengesahan.
g) Klik Log keluar.
0️⃣8️⃣Log masuk Guru Penyelaras SPBT Sekolah
a) Masukkan kod sekolah.
b) Masukkan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
c) Klik butang Login.
0️⃣9️⃣Pengisian pesanan buku teks SPBT
a) Klik tab Pesanan.
b) Klik tab BCS Teras.
c) Klik Tahun/Tingkatan.
d) Klik Tambah Buku.
e) Klik tanda √. Perlu pilih semua buku yang berada dan digunakan di sekolah.
f) Klik Pilih.
g) Masukkan maklumat yang diperlukan sama seperti borang maklumat stok dan unjuran enrolmen murid.
h) Klik butang Simpan Data.
i) Ulang seperti langkah (b) hingga langkah (h) bagi BCS Elektif, BTB Teras, BTB Elektif dan CD.
1️⃣0️⃣Semakan ralat
a) Klik tab Semakan Ralat.
b) Pilih Jenis Semakan Ralat.
c) Pastikan TIADA RALAT/TIADA BUKU dipaparkan. Sekiranya ada, perlu rujuk
langkah no. 9 (Pengisian pesanan buku teks SPBT).
d) Ulang seperti langkah (b) hingga langkah (c) bagi SEMUA jenis semakan ralat.
1️⃣1️⃣Pengesahan data pesanan oleh Guru Penyelaras SPBT Sekolah
a) Klik tab Pesanan.
b) Klik tab Glosari/CD.
c) Klik tab Pengesahan Pesanan.
d) Klik butang Papar dalam PDF. Semak data pesanan yang telah diisi.
e) Klik butang Pengesahan Pesanan. Semak data pesanan yang dipaparkan.
f) Klik tanda √.
g) Klik butang Pengesahan Pesanan.
h) Klik Log Keluar.
1️⃣2️⃣Log masuk Pengetua/Guru Besar
a) Masukkan PGBKod Sekolah. Contoh : PGBWEA2049.
b) Masukkan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
c) Klik butang Login.
1️⃣3️⃣Pengesahan data pesanan oleh Pengetua/Guru Besar
a) Klik tab Makluman.
b) Klik Pengesahan Pesanan oleh Sekolah.
c) Semak data pesanan yang telah dimasukkan oleh sekolah.
d) Pilih Tidak/Perlu dikemaskini sekiranya ingin membuat perubahan data.
e) Klik tanda √.
f) Klik butang Hantar.
g) Pastikan status Pengesahan Pesanan oleh Pengetua/Guru Besar dipaparkan sebelum log keluar daripada sistem eSPBT.
1️⃣4️⃣Janaan laporan oleh Guru Penyelaras SPBT Sekolah
a) Klik tab Laporan.
b) Pilih Tahun Pesan.
c) Pilih Jenis Laporan yang diperlukan.
1️⃣5️⃣Janaan laporan oleh Pengetua/Guru Besar
a) Klik tab Laporan Arus Perdana.
b) Pilih Tahun Pesan.
c) Pilih Jenis Laporan yang diperlukan.
Jika anda mahu login sistem pendidikan APDM, boleh terus login disini -> APDM
Semoga perkongsian di atas dapat dijadikan panduan dan rujukanbagi pihak Sekolah, PPD, JPN dan Bahagian Buku Teks untuk mengakses dan menggunakan sistem eSPBT ini dengan mudah dan pantas secara atas talian sahaja. Semoga bermanfaat