Program Dermasiswa B40 2020 merupakan penajaan kepada pelajar yang melanjutkan pelajarannya ke pengajian peringkat diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) daripada latar belakang keluarga B40.
Objektif Program Dermasiswa B40 ini adalah untuk membantu pelajar lepasan SPM dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Baca seterusnya perkongsian tentang Program Dermasiswa B40 ini :
Syarat Permohonan
Kepada calon yang berminat untuk memohon program Dermasiswa B40 ini, calon hendaklah memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus berikut :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat-syarat umum :
- Calon hendaklah bewarganegara Malaysia
- Mempunyai kesihatan yang baik
- Menduduk peperiksaan SPM pada tahun 2019 buat kali pertama
- Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)
- Ibu bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
- Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/tajaan dari pihak di peringkat pengajian yang sama
- Pendapatan perkapita dalam kategori B$) iaitu RM4,359.00 sebulan dan kebawah
Syarat-syarat khusus :
- Bagi Universiti Awam / Politeknik :
– Menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil
– Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di Institusi pengajian tersebut - Bagi Institut Kemahiran Awam (IKTBN / ADTEC / JMTI / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA)
– Menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil
– Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di Institusi pengajian tersebut
Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja
Berikut adalah bidang pengajian yang tidak ditaja bagi Program Dermasiswa B40 ini :
- Pendidikan
- Kejururawatan
- Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangang (Aircraft Maintenance License)
- Chartered Accountancy (CA)
Cara Mohon
Bagi anda atau pelajar yang ingin memohon Program Dermasiswa B40 ini, anda boleh ikuti maklumat dibawah sebagai panduan :
Langkah 1 :
- Buat permohonan secara atas talian di laman web eSILA
- Ianya dibuka selama 7 hari mulai 13 Julai 2020 (Isnin) jam 9.00 pagi sehingga 19 Julai 2020 (Ahad) jam 4:40 petang
- Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini maklumat permohonan sebelum tarikh permohonan ditutup
Langkah 2 :
- Pastikan proses permohonan telah sempurna
Langkah 3 :
- Cetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat
Keputusan Permohonan
Bagi anda yang telah membuat permohonan dan ingin menyemak keputusan permohonan penajaan ini, ianya dijangka akan diumumkan melalui laman web eSILA pada Oktober 2020. Anda boleh cek keputusan dalam tempoh tersebut dari semasa ke semasa. Sebarang makluman tentang perubahan pengumuman tarikh keputusan akan dimaklumkan di laman web eSILA.
Semoga perkongsian diatas dapat memudahkan anda untuk membuat permohonan Program Dermasiswa B40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan anda boleh merujuk dan hubungi talian :
013-8885 3297 mulai 13 hingga 17 Julai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang
Anda juga boleh kemukan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di sini