KPM Serius Tangani Kes Buli Di Sekolah

Kementerian Pendidikan (KPM) telah melancarkan Portal Aduan Buli KPM di bawah Program Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat dengan kerjasama KDN pada 18 Ogos 2022.

Ini bertujuan untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku, khususnya dalam kalangan murid di institusi pendidikan bawah KPM serta keterlibatan dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.

Sebarang kes berkaitan kejadian buli boleh dilaporkan secara dalam talian melalui Portal Aduan Buli, e-mel dan juga talian telefon yang beroperasi 24 jam sehari.

Baca juga:

Kategori Perlakuan Buli:


Berikut adalah ciri kategori buli yang boleh dilaporkan kepada KPM:

  1. Peras Ugut – minta duit, menyembunyikan barang mangsa. menjadi orang suruhan.
  2. Memulau – tidak dimasukkan dalam kumpulan, tidak suka murid ikut peraturan.
  3. Fizikal – pukul, tendang, cubit
  4. Lisan -ejek, mencarut.
  5. Isyarat Bukan Lisan – jelir lidah, jegil mata, isyarat lucah.

Tindakan Hukuman:


Berikut adalah hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pembuli:

  1. Dirotan tidak lebih daripada 3 kali.
  2. Digantung dari sekolah semasa 14 hari.
  3. Dibuang dari sekolah.

Cara Membuat Aduan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk melaporkan aduan buli:

Langkah 1: Layari laman sesawang MOE.

Langkah 2: Hubungi talian 03-8884 9325 / 014-800 9325.

Langkah 3: E-mel ke [email protected].

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MOEatau hubungi di talian 03 8884 9325 atau 014 800 9325.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3