Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhasrat untuk mengkaji semula kualiti kemudahan sekolah seperti tandas yang semakin merosot
Keadaan tandas yang tidak menyenangkan secara langsung telah mengakibatkan segelintir pelajar lebih rela mengikat perut mereka daripada mengambil sarapan pagi.
Baca juga:
- Moratorium Khas Dipertimbang – PM Ismail
- Gelaran Dato’ Seri Milik Bekas Perdana Menteri Malaysia Ditarik
Menurut KPM, pihaknya kini sedang merancang pengkajian semula reka bentuk sekolah sedia ada untuk meningkatkan kualiti prasarana demi kepentingan pelajar.
Antara kemudahan yang akan ditambah baik adalah meneliti kembali reka bentuk tandas di sekolah dengan meningkatkan bahagian pengudaraan, supaya fasiliti lebih kondusif.
Selain itu, KPM turut memaklumkan terdapat peruntukan telah tersedia untuk tindakan penambahbaikan infrastruktur di sekolah Malaysia meskipun tidak memperincikan nilai perubahan serta tempoh pelaksanaan tersebut.
Sekadar info, kemudahan sekolah lain yang turut menjadi tumpuan KPM adalah infrastruktur sukan termasuklah bahagian pengurusan pendidikan.
Sumber: RNGGT.COM