Kos Tunai Haji Meningkat Lebih RM25,000 Seorang

Adakah anda tahu kos jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji tahun ini meningkat lebih RM25,000 seorang?

Menurut Tabung Haji, peningkatan kos ini susulan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Kerajaan Arab Saudi.

Kos Haji 2022


Kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada tahun 2019 ialah RM22,900. Peningkatan 12 peratus ini mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) yang telah dinaikkan daripada 5 peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan. Ini tidak mengambilkira pelbagai peningkatan kos dengan SOP baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

“TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos untuk menunaikan haji telah meningkat setiap tahun. Dalam tempoh 2001 sehingga 2019, bayaran haji telah meningkat 16% manakala kos haji pula telah melonjak sebanyak 139% disebabkan faktor luar kawalan TH. Rekod TH menunjukkan RM2 bilion telah diberikan kepada jemaah haji dalam bentuk bantuan kewangan haji sejak 2001,” tambah beliau.

Kos Tunai Haji Meningkat Lebih RM25,000 Seorang 1

Kos haji


Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji.

Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Data & Statistik Kos Haji 2022 / Terkini Oleh Lembaga Tabung Haji


TahunKos Sebenar
(RM)
Bayaran Haji
Per Jemaah
(RM)
Tanggungan Bantuan Bayaran Haji (HAFIS)
TH Perjemaah
(RM)
Jumlah Keseluruhan
Bantuan Bayaran Haji (HAFIS) TH
(RM)
2021M / 1442HHaji Ditangguhkan
2020M / 1441HHaji Ditangguhkan
2019M / 1440H22,9009,98012,920298 Juta
2018M / 1439H22,4509,98012,470313  Juta
2017M / 1438H19,5509,9809,570298 Juta
2016M / 1437H18,8909,9808,910160 Juta
2015M / 1436H17,2709,9807,290135 Juta
2014M / 1435H16,1559,9806,175106 Juta
2013M / 1434H15,5559,9805,57593 Juta

Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Haji


Untuk makluman, bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.

Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Ahli KWSP
  • Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
  • Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
  • Berumur kurang 55 tahun

Baca Juga: Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP 10K 

Maklumat Lanjut


Anda boleh rujuk pautan di laman web berikut:

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3