Home » Semakan » Kos Dan Dokumen Untuk Tukar Syarat Tanah

Kos Dan Dokumen Untuk Tukar Syarat Tanah

Syarat tanah adalah perkara terpenting kerana status tanah lah yang memainkan peranan bila anda nak mengusahakan tanah tu nanti. Setiap status datang dengan syarat tanah tertentu dan ia akan terkandung dalam geran tanah tersebut.

Semua pemilik tanah sepatutnya menggunakan tanah berkenaan mengikut kategori kegunaan tanah dan syarat nyata dalam hakmilik.

Kegagalan berbuat demikian adalah melanggar syarat yang ditetapkan dan Pihak Berkuasa Negeri boleh merampas balik tanah berkenaan.

Tuan tanah yang ingin menggunakan tanahnya untuk kategori selain daripada yang tercatat dalam hakmilik perlu mengambil tindakan untuk mengubah kategori kegunaan tersebut.

Status & Syarat Tanah:

Status tanah dan syarat tanah ada ditulis dengan jelas di atas geran tanah. Status tanah adalah jenis pemilikan manakala syarat pula merujuk kepada penggunaan tanah.

Terdapat empat jenis hak milik tanah yang utama di Malaysia iaitu:

  1. Pegangan Bebas (Freehold).
  2. Pajakan (Leasehold).
  3. Lot Bumiputera.
  4. Tanah Rizab Melayu.

Syarat-syarat yang dikenakan ke atas tanah pula, mengikut seksyen 52 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, terbahagi kepada tiga kategori kegunaan tanah iaitu:

  1. Tanah Pertanian.
  2. Tanah Bangunan.
  3. Tanah Industri.

Dokumen Tukar Syarat Tanah:

Berikut adalah merupakan dokumen pemilik tanah perlu sediakan terlebih dahulu:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Salinan hakmilik
  • Alamat harta (jika ada)
  • Pelan tapak
  • Pelan lokasi
  • Cadangan pembangunan
  • Kajian kemungkinan (jika ada) dan
  • Laporan nilaian (jika ada)

NOTA: Permohonan pertukaran ni juga berbeza mengikut status pemilikan tanah. Cara yang sama digunakan untuk Tanah Pegangan Bebas, Pajakan dan Lot Bumiputera, tetapi ianya berbeza untuk Tanah Rizab Melayu.

Cara Tukar Syarat Tanah:

1)Pegangan Bebas (Freehold), Pajakan (Leasehold) dan Lot Bumiputera

Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Isi 2 salinan Borang Jadual XVI (Perenggan 51(p)) yang lengkap ditandatangani pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) (surat kuasa wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik/ Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah)
  2. 1 salinan Memorandum and Article of Association beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return of Company Having a Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
  3. Maklumat syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Permohonan oleh syarikat).
  4. 10 salinan berwarna pelan tapak asal
    • Mengandungi Pelan Kunci Lokasi dan Pelan Tapak yang disenaraikan oleh Jururancang Bandar Bersekutu
    • Pelan hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah/ pemegang P.A
  5. 1 salinan pelan tapak dalam bentuk Autocad.
  6. 1 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
  7. Ulasan semua jabatan teknikal di bawah:
    • Pejabat Tanah Daerah – 3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan berbentuk A4 dan 1 unit soft copy berbentuk disket atau cakera padat dalam bentuk Powerpoint
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III)
    • Jabatan Alam Sekitar (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III dan industri)
    • Jabatan Pengairan Dan Saliran
    • Jabatan Tenaga Kerja (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Pertanian (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
  8. Salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini iaitu yang sah laku dalam tempoh 6 bulan
  9. Salinan resit cukai tanah tahun semasa.
  10. Salinan hakmilik tanah.
  11. Surat persetujuan bertulis daripada pihak berkepentingan berdaftar seperti Pemegang Gadaian, Kaveat atau tuntutan undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran.
  12. Senarai anggaran harga rumah kediaman / perniagaan / industri.
  13. 1 pelan tatatur dan pelan pra-hitungan berbentuk digital soft copy berbentuk disket @ cakera padat dalam format Power Point.

Caj/Fi Permohonan Tukar Syarat Tanah (Pegangan Bebas (Freehold), Pajakan (Leasehold) dan Lot Bumiputera):

Berikut adalah merupakan caj/fi yang akan dikenakan:

  • Tidak lebih 1 hektar – RM70.00.
  • Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar – RM140.00.
  • Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya– RM15.00.
  • Kadar Premium Yang Dikenakan – Mengikut kadar yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2003.

2) Rizab Pegangan Melayu.

Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Isi 3 salinan Borang Jadual XVI (Perenggan 51(p)) yang lengkap ditandatangani pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) (surat kuasa wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik/ Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah)
  2. 1 salinan Memorandum and Article of Association beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return of Company Having a Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
  3. 15 salinan berwarna pelan tapak asal yang mengandungi Pelan Kunci, Pelan Lokasi dan Pelan Tapak yang disediakan oleh Jururancang Bersekutu dan ditandatangani pemilik tanah/ pemegang P.A dan Jururancang berdaftar
  4. 1 salinan pelan tapak dalam bentuk Autocad
  5. 3 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
  6. Ulasan semua jabatan teknikal di bawah ni:
    • Pejabat Tanah Daerah – 3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan berbentuk A4 dan 1 unit soft copy berbentuk disket atau Cakera padat dalam bentuk Powerpoint.
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III)
    • Jabatan Alam Sekitar (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III dan industri)
    • Jabatan Pengairan Dan Saliran
    • Jabatan Tenaga Kerja (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Pertanian (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
  7. Salinan Sijil Carian Rasmi terkini yang sah laku dalam tempoh 6 bulan
  8. Salinan resit cukai tanah tahun semasa
  9. Salinan hakmilik tanah
  10. Surat persetujuan bertulis daripada pihak berkepentingan berdaftar seperti Pemegang Gadaian, Kaveat atau tuntutan undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran
  11. Senarai anggaran harga rumah kediaman / perniagaan / industri
  12. 1 pelan tatatur dan pelan pra-hitungan berbentuk digital soft copy berbentuk disket @ cakera padat dalam format Power Point

Caj/Fi Permohonan Tukar Syarat Tanah (Rizab Pegangan Melayu):

Berikut adalah merupakan caj/fi yang akan dikenakan:

  • Tidak lebih 1 hektar – RM70.00
  • Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar – RM140.00
  • Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya – RM15.00
  • Kadar Premium Yang Dikenakan – Mengikut kadar yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Selangor (pindaan) 2003

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang Portal Rasmi Pejabat Tanah berdasarkan negeri masing-masing. Ia mungkin berbeza ikut negeri.

Penafian – Semua yang kami share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Kos Dan Dokumen Untuk Tukar Syarat Tanah” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!