Laluan arah selatan di Kilometer 265.9 Lebuhraya Utara Selatan mengalami kesesakan yang sangat teruk akibat lori kontena muatan tin sardin terbalik melintangi laluan.
Barangan makanan yang dibawa lori terbabit bertaburan di permukaan lebuh raya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, kemalangan itu menyebabkan laluan sesak lebih tiga kilometer menghala ke arah selatan terhalang sepenuhnya.
Baca juga:
- Gaya Tido Bilal Jadi Trend, Ramai Kreatif Kongsi Parodi
- Siapa Yang Layak Untuk Pengeluaran Khas KWSP 2.0?
Laluan ke arah selatan ditutup sepenuhnya kerana kemalangan yang berlaku di KM265.9 arah selatan dalam daerah Ipoh membabitkan lori muatan sardin melintang jalan.
Semua kenderaan diarah keluar menerusi Plaza Tol Kuala Kangsar untuk melalui jalan lama (laluan Persekutuan) dari Plaza Tol Kuala Kangsar ke Sungai Siput untuk ke Ipoh.
Kerja-kerja pengalihan lori kontena serta pembersihan akan dijalankan kerana permukaan lebuh raya di kawasan kejadian bertukar warna kepada coklat kemerahan.
Terdapat juga ribuan tin sardin bertaburan menyebabkan ia digilis kenderaan yang melalui lokasi kejadian.
Sementara itu, laman Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 1.24 tengah hari memaklumkan, laluan kontra dibuka di KM267.0 hingga 265.1 PLUS arah utara bagi mengurangkan kesesakan.
Manakala Plaza Tol Kuala Kangsar ditutup setakat jam 2.42 petang tadi.
Sumber: BERITA HARIAN