Koleksi Ucapan Tahun Baru 2022 Untuk Kenalan

Tahun 2021 melabuhkan tirainya. Kini tiba tahun 2022 pula menjengah tiba.

Menjelang tahun baharu, pasti menjadi kemestian dengan diserikan teks ucapan ringkas Selamat Menyambut Tahun Baru 2022 yang kreatif, mencuit atau meninggalkan kesan di hati si penerima ucapan.

Bagi rakyat Malaysia, sambutan tahun baharu 2022 sudah tentu dengan pelbagai acara termasuk menyaksikan persembahan bunga api mempesonakan, selain menghadiri majlis keagamaan bagi mendoakan kesejahteraan rakyat dan negara dalam menghadapi tahun baru yang dijangka penuh cabaran.

Koleksi Idea Ucapan tahun Baru 2022:


Koleksi 1:

Kuih bahulu cicah kaya,
Sepuluh jari kuhulur padamu.
Ini bukan pantun raya,
Saja nak ucap selamat tahun baru untukmu.

Koleksi 2:

Makan nasi dengan maggi samyang,
Ditambah pula air cola.
Selamat tahun baru sayang,
Tahun Ini Azam Apa pula?

Koleksi 3:

Jalan ke pekan berdua-dua,
Singgah sebentar membeli tapai.
Selamat tahun baru 2022,
Semoga azam akan tercapai.

Koleksi 4:

Jalan-jalan naik kereta,
Naik kereta terlanggar biawak.
Selamat tahun baru cinta,
Tak sabar nak jumpa awak.

Koleksi 5:

Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan,
Selamat Tahun Baru 2022.

Koleksi 6:

Tiada Kata Yang Seindah Lantunan Syair,
Tiada Mutiara Yang Secantik Bidadari,
Tapi Hari Ini Lebih Dari Hari Sebelumnya,
Kerana Tak Lama Lagi Kita Akan Melewati Detik Pergantian,
Yang Sama-Sama Di Tunggu Oleh Jutaan Manusia Di Dunia,
Hanya Satu Yang Dapat Aku Lakukan Dan Berkata,
Selamat Tahun Baru 2022!

Koleksi 7:

Harapan Tahun Baru Ini Kita Akan Memiliki Visi Baru,
Misi baru,
Hidup Baru,
Hari Baru Yang Akan Lebih Baik Dari Hari Semalam,
Selamat Tahun Baru 2022 Semua!

Koleksi 8:

Ucapkan Selamat Tinggal Pada 2021 Dan Selamat Datang 2022
Semoga Tahun Ini Jauh Lebih Baik Dari Tahun Lalu,
Dan Harapan Bahawa Kita Selalu Menjadi Teman Yang Baik,
Selamat Tahun Baru 2022.

Koleksi 9:

Waktu Terus Berlalu, Lembaran Demi Lembaran Telah Dilalui,
Coretan Demi Coretan Telah Memenuhi,
Kadang Tak Bererti, Kadang Tanpa Makna, Atau Hanya Sedikit Makna
Semoga Di tahun Ini Setiap Lembaran Memiliki Makna, Setiap Lembaran Bermanfaat,
Selamat Tahun Baru. Semoga Lebih Berjaya!

Koleksi 10:

Semoga Damai Dan Kasih Allah Mengisi Setiap Hari Dalam Hidupmu,
Harap Anda Dan Keluarga Selamat Dan Bahagia,
Selamat Tahun Baru 2022.

Kesimpulannya:

Semoga dengan koleksi idea ucapan selamat tahun baru ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita dan bertambah harmoni. Marilah kita mulakan tahun baru dengan azam baru.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3