KLIA, LGK Raih Skor Sempurna Dalam Tinjauan Global 2022


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK)  meraih skor sempurna 5.00 dalam tinjauan global.

Justeru itu, KLIA dan LGK telah disenaraikan sebagai antara lapangan terbang terbaik di dunia tahun ini.

Untuk suku kedua, Kaji Selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) adalah dengan mengukur kepuasan penumpang secara keseluruhan daripada segi keselamatan, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan terminal.

Baca juga:

Pencapaian KLIA ini turut dikongsi dengan tujuh lapangan terbang lain dalam kategori lebih 40 juta penumpang setahun (mppa).

Manakala LGK adalah satu-satunya lapangan terbang yang mendapat mata penuh dalam kategori 2.0 – 5.0 mppa.


Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Iskandar Mizal Mahmood, Keputusan ASQ terbaharu ini adalah manifestasi komitmen kami, yang bukan sahaja daripada Malaysia Airports tetapi seluruh komuniti lapangan terbang.

Walaupun ianya agak mencabar, namun demi untuk mengekalkan pengalaman penumpang yang hebat apabila kami terus mengalu-alukan ketibaan lebih ramai penumpang di lapangan terbang kami, tetapi kami tidak akan goyah dalam komitmen kami untuk berbuat demikian.

Melalui tinjauan ASQ, KLIA menerima tiga pujian, antaranya adalah proses yang lancar di titik sentuh, bantuan di lapangan yang sopan dan daftar masuk pantas di kaunter.


Malaysia Airports Group mencatatkan sejumlah 7.8 juta pergerakan penumpang, 4.8 juta pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang tempatan dan 3.0 juta penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, Turki pada Julai 2022 lalu.

Pada bulan lepas, kumpulan itu merekodkan 3.1 juta pergerakan domestik serta 1.6 juta pergerakan antarabangsa di Malaysia.

Rekod peningkatan sebanyak 26 peratus yang menggalakkan berbanding bulan sebelumnya.


Kini, trend pemulihan yang agak positif, dengan trafik domestik serta antarabangsa masing-masing mencapai 66 peratus dan 18 peratus daripada jumlah sebelum COVID-19 ditunjukkan dari kedua-dua segmen.

 

Sumber: BERNAMA




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3