KL Summit 2019: 400 Pemimpin Islam Bertemu di Malaysia

KL Summit 2019

Lebih 400 pemimpin Islam dan ulama berkumpul di Kuala Lumpur bagi mencari penyelesaian isu-isu yang mendepani umat Islam global.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) berkata, platform antarabangsa itu menjadi medan kepada pemimpin dunia mencari penyelesaian dan pemahaman secara kontemporari dan menyeluruh.

KL Summit 2019: 400 Pemimpin Islam Bertemu di Malaysia 1

Terdapat tujuh bidang yang akan menjadi fokus pada perhimpunan kali ini iaitu:

  • Pembangunan dan kedaulatan;
  • Integriti dan urus tadbir;
  • Budaya dan identiti;
  • Keadilan dan kebebasan;
  • Keamanan, keselamatan dan pertahanan;
  • Perdagangan;
  • Pelaburan serta urus tadbir teknologi dan internet.

KL Summit 2019: 400 Pemimpin Islam Bertemu di Malaysia 2

KL Summit 2019: 400 Pemimpin Islam Bertemu di Malaysia 3

“Ketika ini, kita semua dapat lihat umat Islam di mana sahaja ditekan, dihalau dan diusir dari negara asal mereka, dipanggil sebagai pengganas, berperang, memusnahkan negara hingga ada negara lumpuh pentadbiran,” katanya.

Antara pemimpin dunia yang dijangka hadir ialah Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani; Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.

KL Summit 2019: 400 Pemimpin Islam Bertemu di Malaysia 4

 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3