Setelah hampir 32 tahun sepi tanpa piala dari Piala Malaysia, Kuala Lumpur City FC bergelar juara malam semalam untuk Piala Malaysia Edisi ke-100 selepas menunddukan Johor Darul Takzim 2-0 di aksi final bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.
Jelas dan berkesan taktikal pengendali Kuala Lumpur Bojan Hodak yang dilihat bertahan di separuh masa pertama dan memperkuatkan asakan di tengah-tengah masa permainan utk memerangkap juara lapan kali Liga Super itu sekali gus gagal mempertahan kejuaran Piala Malaysia yang dimenangi pada edisi yang lepas.
Separuh masa pertama kita dapat menyaksikan skuad Harimau Selatan lebih menguasai perlawanan dengan mengaturkan serangan ke kubu lawan.
Penyerang profilik JDT Bergson Da Silva juga hampir-hampir meletakkan JDT di hadapan seawal minit ke-9 tetapi sepakannya terbias mengenai tiang sekaligus memberi kelegaaan buat skuad KL City FC itu.
Skuad KL City FC yang dikenali dengan nama jolokan The City Boy pula mengamalkan corak bertahan dan hanya menyerang sekiranya dapat merampas kawalan bola ketika JDT melakukan asakan.
Separuh masa kedua, Kuala Lumpur menampilkan kegarangannya yang menyaksikan mereka melakukan serangan tidak bertali arus ke kubu jdt.
Ternyata ianya membuahkan hasil dengan pemain sayap Zharif Yahya menyumbat gol pertama pada minit ke-67 untuk meletakkan KL City FC di hadapan.
Walaupun JDT terus menerus mengasak kubu lawan, mereka tidak dapat merapatkan jurang apabila KL bertindak menghadiahkan gol pada minit ke-74.
Perlawanan kekal dengan mata 2-0 sehingga wisel ditiupkan dan KL City FC berjaya menjulang Piala Malaysia edisi Ke-100 dengan disaksikan penyokong lembah klang yang hadir membanjiri stadium dengan pengamalan SOP yang ketat.
Tahniah Kuala Lumpur City FC atas kemenangan yang berjaya dicapai.
Related Posts
- Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”
- Kemunculan Virus Langya Cetus Kebimbangan, Sudah Jangkiti 35 Orang
- “Kenapa Kau Bagi Makan Kat Homeless?”, Abang ‘Taiko’ Kawasan Muka Garang Tegur Ebit Lew
- SPA Buka Pengambilan 785 Jawatan Kosong Terkini Seluruh Malaysia ~ Minima SPM Layak Mohon! / Gaji RM1,500 – RM4,005
- Simpanan KWSP pada tahap kritikal, bakal pesara bimbang hadapi hari tua