KKM Jelaskan Tiada Isu Kekurangan Pegawai Perubatan


Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa tiada isu kekurangan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA).

Menurut Kementerian, pihaknya merujuk kepada surat daripada HKL yang tular berkaitan dengan isu kekurangan pegawai perubatan di dua hospital tersebut berikutan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL bermula pada 18 Julai depan.

Baca juga:

Urusan Pertukaran:

Surat yang dikeluarkan oleh pengurusan HKL tersebut adalah bertujuan melaksanakan penyelarasan dalaman.

Tujuannya adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan khususnya di Jabatan Kecemasan HTA terus berjalan lancar.

Iannya selaras dengan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL dan HTA pada 18 Julai depan.


Selain itu, KKM juga akan menerima pertukaran masuk pegawai perubatan dari negeri lain ke HKL dan HTA pada tarikh yang sama bagi menggantikan pegawai perubatan yang bertukar keluar.

Prosedur Biasa:

Urusan pertukaran adalah prosedur biasa yang dilaksanakan oleh KKM bagi melaksanakan arahan dan memproses permohonan pertukaran pegawai dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Hartal Doktor Kontrak menerusi platform Twitter mendedahkan satu surat daripada Unit Pengurusan Pegawai Perubatan HKL bertarikh 30 Jun 2022 berhubung sesi perjumpaan pegawai perubatan bidang pengurusan susulan ‘krisis kekurangan pegawai perubatan di HKL dan HTA.

 

Sumber: KOSMO! ONLINE

Disclaimers – Semua yang admin share diatas hanyalah tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “KKM Jelaskan Tiada Isu Kekurangan Pegawai Perubatan” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.