Menurut Khairy Jamaluddin, Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka pada minggu lalu.
Baca juga:
Menurut beliau lagi, ianya masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai berhubung perkara itu, sebelum mengumumkan keputusan baharu mengenai pemakaian pelitup muka.
Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah memaklumkan bahawa mereka berada pada peringkat akhir perbincangan dan kajian berhubung keperluan melonggarkan pemakaian pelitup muka di negara ini.
Terdahulu, SOP Pemakaian Pelitup Muka sebelum ini telah berkuatkuasa pada 1 Mei 2022, bagaimanapun telah memudahkan rakyat dengan memberi kelonggaran pemakaian pelitup muka di sesetengah kawasan.
Kerajaan sebelum ini menetapkan pemakaian pelitup muka adalah WAJIB ketika berada di dalam bangunan, termasuk pengangutan awam dan kenderaan e-hailing dan pilihan (optional) apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka,
Namun masih digalakkan pemakaian pelitup muka di kawasan yang sesak.
Sumber: AWANI