Home » Bantuan » Cara Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200 Sebulan KISS Selangor

Cara Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200 Sebulan KISS Selangor

Beita Baik bagi Ibu-ibu di Selangor, pendaftaran online bagi Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) kini telah dibuka bagi tahun 2021 / 2022!

Kerajaan negeri Selangor perkenalkan program bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk membantu para ibu dari kumpulan B40 dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya dan kedai berdaftar.

Apakah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)?

Kasih Ibu Smart Selangor IBU TUNGGAL adalah sebuah program khusus bagi kaum ibu TUNGGAL di Selangor.

Menerusi program ini, peserta dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (Tanpa tunai , hanya menggunakan kad KISS Selangor).

Syarat Kelayakan

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Syarat kelayakan untuk memohon kad KISS Selangor adalah:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di Selangor
  4. Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)
  5. Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawah
  6. Berdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

Baca juga: Permohonan Bantuan Geran Bumiputera

Cara Permohonan

Pendaftaran kini boleh dibuat melalui atas talian (online) di pautan berikut:
https://secure.kiss.com.my/single-mother 

Muat turun Borang:

SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan Anda
  2. Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Kad Matriks yang masih sah
  3. Salinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan Polis
  4. Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  6. Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin / miskin tegar dalam pengkalan data eKasih
  7. Salinan Pemilih Berdaftar Di Selangor

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Telefon & Internet Untuk Rakyat Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila nyatakan pertanyaan melalui saluran berikut:

Disclaimers – Bahan artikel kami share diatas sekadar tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Cara Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200 Sebulan KISS Selangor” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!