KISS Selangor – Cara Mohon Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (Tutorial)

Kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal erti penat lelah kerana sering menguruskan hal keluarga dalam mendidik dan membesarkan anak. Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu. Baca perkongsian di bawah mengenai Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) :

Apa Itu KISS Selangor?


🤱KISS Selangor atau dikenali juga Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) merupakan sebuah program kebajikan bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu.

🤱Program ini adalah bertujuan untuk membantu kaum ibu dalam mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas. Perserta program ini dapat membuat pembelian barangan keperluan asas di kedai dan pasaran yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

Syarat Kelayakan


Berikut ialah syarat kelayakan yang diperluakan bagai membuat permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ini :

✅Syarat utama ialah berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.

✅Warganegara Malaysia

✅Lahir di Selangor atau menetap di Selangor mwlwbihi 10 tahun

✅Pemilih berdaftar di Negeri Selangor

✅Wanita bekeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.

✅pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 ssebulan

Manfaat Kad Tersebut


Berikut ialah manfaat yang boleh didapati melalui Kad KISS ini seperti :

📌Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak

📌Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar

📌Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (Cashless)

📌Had bulanan pembelian barangan keperluan asas adalah sebanyak RM300

📌Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa le bulan hadapan

📌Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 setiap hulan secara automatik

Cara Buat Permohonan KISS Selangor


Bagi kaum ibu yang telah menepati syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan KISS Selangor, berikut merupakan cara untuk membuat permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ini

0️⃣1️⃣ SIla ke laman web https://www.kiss.com.my/ untuk membuat permohonan

0️⃣2️⃣Sila klik pautan “Permohonan Ibu Tunggal”

0️⃣3️⃣Sila masukkan nombor Kad Pengenalan anda untuk membuat semakan

0️⃣4️⃣Klik butang seterusnya dan ikuti langkah2 seterusnya yang diperluakan

0️⃣5️⃣Selesai

Borang Manual Kasih Ibu Smart Selangor


Bagi anda yang ingin membuat permohonan secara manual anda boleh muat turun borang atau boleh diambil di :

📍Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri

📍Pejabat Ahli PArlimen  / Penyelaras Parlimen

📍Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis

📍Pusat Wanita Berdaya

📥Muat Turun Borang Permohonan KISS Selangor

Senarai Pejabat Adun dan Penyelaras Dun Selangor


📜Semak Senarai Pejabat Adun dan Penyelaras Dun Selangor

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan anda boleh hubungi di pautan https://www.kiss.com.my/hubungi-kami atau rujuk mengikut adun masing-masing.


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3