Kisah Lina Medina, Ibu Termuda Di Dunia Lahirkan Anak Pada Waktu Umurnya Lima Tahun.

Kalau difikirkan semula kanak-kanak berumur lima tahun pasti masih bergembira bermain bersama rakan-rakan, tapi ia berbeza dengan seorang budak yang terpaksa menjadi ibu pada umur yang sangat muda.

Perkara itu semestinya menimbulkan misteri dan persoalan kepada netizen bagaimana ia boleh berlaku. Begitulah kisah buruk yang terjadi kepada Lina Medina pada tahun 1939.

 

Pelik tapi benar,

 

Kisah Lina Medina, Ibu Termuda Di Dunia Lahirkan Anak Pada Waktu Umurnya Lima Tahun. 12

 

Lina Medina telah digelar sebagai ibu termuda di dunia dengan melahirkan anak pada usia lima tahun tujuh bulan. Pada dia umur 5 tahun 6 bulan, ibu Lina mendapati perut anaknya membesar dalam keadaan pelik.

Mungkin pada awalnya ketumbuhan kemudian setelah dibawa kepada doktor yang merawat Medina iaitu Dr Gerardo, Lina disahkan mengandung selama 7 bulan.

Sejak itu berita ini tersebar, pada awalnya pihak berkuasa telah menangkap ayah Lina sebagai suspek utama. Selepas beberapa hari siasatan, polis membebaskan ayahnya kerana tiada bukti yang kukuh.

 

Kisah Lina Medina, Ibu Termuda Di Dunia Lahirkan Anak Pada Waktu Umurnya Lima Tahun. 13

 

Mangsa kedua pula iaitu sepupu Lina yang dikatakan mengalami gangguan mental dan cenderung melakukan perbuatan di luar batasan kepada Lina. Sama jugak seperti ayahnya, sepupu Lina dilepaskan kerana tiada bukti yang kukuh.

Pihak Polis cuba mencari jawapan daripada Lina sendiri sama ada dia tahu siapa ayah kepada anak di dalam kandungan.

 

Siasatan agak sukar dijalankan kerana keadaan Lina yang ‘blur’ dan konfius atas apa yang terjadi, menyebabkan tiada bukti yang kukuh dan yang pasti. Akhirnya polis menggugurkan kes ini dan dibiarkan tergantung sehingga ke hari ini.

Lina telah bersalin pada 14 Mei 1939 dengan bayi seberat 2.7 kg melalui kaedah ceaserian section. Anak Lina dinamakan sebagai Gerardo, sama seperti nama doktor yang menyambut kelahiran tersebut.

 

Kisah Lina Medina, Ibu Termuda Di Dunia Lahirkan Anak Pada Waktu Umurnya Lima Tahun. 14

 

Gerardo dibesarkan oleh ibu Lina dengan kehidupan yang terlalu baik. Susulan peristiwa ini terdapat ramai wartawan yang ingin bertemu ramah keluarga dari Peru ini, namun privasi Lina dilindung sebaiknya oleh keluarganya

Apa yang menarik lagi Gerardo dibesarkan dengan menganggap Lina sebagai akaknya, sehinggalah pada usia 10 tahun, Gerardo menerima berita yang Lina itu adalah ibu kandungnya.

Lalu mereka berdua membesar dengan sihat, sehingga pada tahun 1979 di usia 40 Gerardo telah meninggal dunia akibat penyakit tulang. Lina pula meneruskan kehidupannya dan gambar terakhir yang didapati dari sumber Google adalah pada tahun 2018 ketika berusia 80 tahun.

 

Kisah Lina Medina, Ibu Termuda Di Dunia Lahirkan Anak Pada Waktu Umurnya Lima Tahun. 15

 

Doktor dipercayai Lina mengalami syndrom precoccious puberty, yang mana tempoh akil baligh Lina lebih awal dari usianya. Kebiasaan anak perempuan akan mengalami akil baligh pada awal umur usia 9 tahun, namun bagi kes Lina usia akil balighnya mungkin berlaku sekitar 3 ke 5 tahun.

Anak-anak gadis kita pada usia lima tahun baru boleh berjalan kan.  Salute buat yang menjaga Lina dan anaknya dengan iklas dan baik sekali.

Atok mudah nak percaya kata-kata orang, tambah pula dengan rasa geram bila lelaki yang bertanggungjawab terhadap sebagai bayi dalam kandungan Lina tidak dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Bayangkan kalau anda melihat situasi begini di depan mata apa agaknya yang akan berlaku?

 

Kisah Lina Medina, Ibu Termuda Di Dunia Lahirkan Anak Pada Waktu Umurnya Lima Tahun. 16

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3