Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat Pengeluaran Khas sebanyak RM10,000, anda WAJIB mengeluarkan Zakat sebanyak RM250.
Wang caruman KWSP yang dikeluarkan oleh pencarum adalah dikategorikan sebagai al-maal al-mustafad.
Perkara tersebut turut disahkan oleh Zakat Pulau Pinang di laman sosial Facebook rasminya hari ini.
Baca juga:
Maksud Al-Maal Al-Mustafad:
Maksudnya: apa-apa pendapatan atau harta yang dimiliki dengan cara upah, ganjaran, pemberian, pindahan dan lain-lain pendapatan yang bukan berpunca daripada pulangan simpanan, pelaburan atau aktiviti jual beli.
Kiraan Zakat:
Mengikut kiraan, jumlah wang KWSP yang dikeluarkan didarab dengan 2.5 peratus.
Contohnya RM10,000 didarab 2.5 peratus adalah RM250.
Situasi Pembayaran Zakat:
Terdapat tiga situasi bayaran zakat bagi Pengeluaran Khas KWSP:
- WAJIB – Sekiranya pendapatan tahunan seseorang pencarum KWSP itu sudah melebihi nisab tahun pertama.
- CUKUP HAUL – Bermaksud seseorang itu perlu menunggu sehingga akhir tahun (haul) kerana yakin pendapatan tahunan mencapai nisab setelah wang pengeluaran KWSP ini digabungkan.
- TIDAK WAJIB – Kerana tidak mempunyai sebarang pendapatan dan pengeluaran bertujuan memenuhi keperluan asasi diri dan keluarga.
Sumber: KOSMO! ONLINE