Home » Gosip Artis Malaysia » Kini Tampil Lebih Cantik Dan Langsing , Lufya Omar Sudah Bersedia Berumah Tangga

Kini Tampil Lebih Cantik Dan Langsing , Lufya Omar Sudah Bersedia Berumah Tangga

Lufya Omar seorang pelakon jelita kacukan sebelum ini pernah berdepan dengan kegagalan melalui perkahwinan pertamanya dengan seorang doktor kacak namun kini mengakui sudah terbuka hati untuk berbicara mengenai jodoh buat dirinya .

Berkongsi pengalaman yang pahit semasa menempuhi alam perkahwinan yang pernah gagal malah masih berbekas di hatinya  membuatkan dirinya tidak mahu untuk bercakap mengenai soal berkahwin lagi dan mencari jodoh baru untuk menjadi ayah kepada anaknya.

Lufya menjelaskan bahawa dirinya bukanlah trauma sebaliknya bimbang untuk berkahwin lagi dan gagl buat kali kedua kerana perasaan itu sangat menyakitkan dan mengecewakan.

“Kalau dulu, memang hati itu tertutup, tak nak fikir langsung soal kahwin. Tetapi, rasanya, sekarang saya dah tak mahu dah sekat jodoh.

“Jika benar Allah SWT kurniakan saya jodoh yang baik dan lelaki yang tepat untuk hadir menemani hidup, saya sudah semakin terbuka dan menerima.

“Saya dapat rasakan, diri kini semakin positif berbanding dahulu. InsyaAllah,jika benar jalannya, saya okey untuk kembali berkahwin,” katanya.

Walaupun sudah terbuka hati untuk berkahwin lagi, Lufya berkata sebagai seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya ,sudah pastilah anak tunggalnya itu sentiasa menjadi keutamaan dalam apa jua perkara yang dia bakal lakukan kerana tidak mahu melukai hati sesiapa sahaja.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Mengakui sudah terbuka dan senang berbicara soal jodoh tetapi bukanlah bermakna dirinya sudah mempunya calon dan ingin berkahwin dalam masa terdekat tetapi hanya berkonghsi rasa dengan peminat .

“Sebagai seorang ibu, tentulah saya akan cuba memberikan yang terbaik buat anak, apatah lagi Laana Haura adalah satu-satunya permata hati dan harta dunia akhirat yang saya ada,” katanya.

Lufya yang sebelum ini mengaku pernah membuat pembedahan bariatrik pada awal November lalu setelah menemui kegagalan dengan pelbagai cara dan usaha terdahulu yang dilakukan bagi menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, fokusnya bukan kerana mahu tampil kurus, tetapi  Lufya menjelaskan pembedahan itu bertujuan untuk kesihatannya yang mula menunjukkan petanda kurang baik.

Dia yang  sememangnya dari kecil mempunyai masalah asma namun sejak beberapa tahun kebelakangan itu dia mula mendapati badannya mula sakit-sakit dan penyakit asma itu semakin ketara dan dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut demi kesihatan tubuhnya pada masa akan datang.

Pada tahun 2016 , Lufya mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor perubatan estetik, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Namun perkahwinan tersebut tidak mampu bertahan lama dan kedua-duanya membuat keputusan untuk berpisah pada tanggal 17 Jun 2020. dan hak penjagaan anak diambil oleh Lufya.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan yang related dengan “Kini Tampil Lebih Cantik Dan Langsing , Lufya Omar Sudah Bersedia Berumah Tangga” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!