Bakal jadi penjaring terbanyak ataupun tidak pada musim hadapan. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Erling Haaland telah memaklumkan kepada Borussia Dortmund bahawa beliau akan meninggalkan kelab di penghujung musim ini. CEO Manchester City, Ferran Soriano telah memberitahu pengurus Dortmund, Hans-Joachim Watzke bahawa City telah bersedia mengaktifkan klausa perpindahan bernilai 75 juta pound penyerang itu. Haaland akan menerima gaji sebanyak £375,000 seminggu.
Nilai klausa perpindahan tersebut dikatakan perlu dibayar dengan sekali sahaja pembayaran dan tidak sama seperti bayaran perpindahan atasan lain yang berlaku dengan cara bayaran melalui ansuran.
Perincian perpindahan itu masih belum dimuktamadkan dan ia dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat pada minggu ini.
Haaland telah menjaringkan sebanyak 85 gol dalam 88 perlawanan untuk Dortmund sejak menyertai kelab itu dari RB Salzburg pada Januari 2020 lepas. Perlawanan terakhir Dortmund untuk musim ini pada hari Sabtu menentang Hertha Berlin di laman sendiri.
Pihak Pep Guardiola telah mengetuai perlumbaaan untuk menandatangani pemain berusia 21 tahun itu dan perlepasan klausa pemain tersebut bermakna Borussia Dortmund akan kehilangan penyerang pada musim panas nanti.
Dengan yuran perpindahan 75 juta euro yang bersamaan dengan 62 juta pound untuk Haaland dipertimbangkan sebagai harga dibawah nilai pasaran. Pep memberi reaksi apabila ditanya tentang minat kepada pemain kebangsaan Norway tersebut bulan lepas dengan berkata:
“Saya tidak mempunyai jawapan kepada soalan anda. Saya tidak bimbang atau mengambil kisah didalam kepala saya tentang apa yang akan terjadi pada kelab ini untuk musim depan.”
“Kami bermain dengan baik bersama penyerang pada musim ini jadi saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada musim depan. Perkara itu tentang musim depan jadi saya tidak akan berbincang perkara tersebut.” ujar Guardiola kepada Sky News.
City kerap bermain dengan ketiadaan penyerang tulen pada musim ini setelah pemegang rekod kelab, Sergio Aguero meninggalkan City pada penghujung musim 2020/2021.
Dortmund pula dikhabarkan telah menjumpai pengganti Haaland apabila Karim Adeyemi dari Red Bull Salzburg dikatakan telah bersetuju untuk menyertai Dortmund pada musim depan.