Kim Pan Gon Umum Senarai Penuh Panggilan Skuad Harimau Malaya!


Kelayakan Piala Asia 2023. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Kim Pan Gon hari ini menyenaraikan senarai nama pemain yang akan menyertai latihan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 dan kelayakan Piala Asia nanti.

Antara nama yang mencuri tumpuan dalam senarai panggilan persiapan Harimau Mlaya sempena pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 sudah semestinya penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula.

Sebelum ini prestasi penyerang naturalisasi kelahiran Brazil itu menjadi pertikaian netizen dan pemerhati bola sepak tempatan selepas beberapa aksi hambar bersama pasukan negara.

De Paula juga sekian lama menyepi apabila belum melakukan sebarang penampilan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini dalam semua pertandingan.

Malah De Paula turut digugurkan daripada senarai skuad kebangsaan yang menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Singapura dan Filipina pada Mac lalu.

Penyerang berusia 36 tahun itu antara muka baru yang tersenarai selain daripada Matthew Davies, Nazmi Faiz Mansor, Syahmi Safari, Norshahrul Idlan Talaha serta penyerang Petaling City (PJ), Darren Lok.

Sementara itu, 11 pemain dalam senarai bersedia antaranya tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa, Ramadhan Saifullah Usman serta penjaga gol Penang, Khatul Anuar Md Jalil.

Pengendali kelahiran Korea Selatan, Kim Pan-gon mengakui bahawa semua pemain memiliki peluang sama rata untuk merebut slot senarai akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran negara dalam Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil bulan depan.

“Saya faham ada kejutan terhadap nama (yang tersenarai). Saya sentiasa tidak menamakan individu sebaliknya pasukan. Kami akan menghadapi kejohanan penting dan merupakan kelayakan Piala Asia.”

“Ini merupakan panggilan kedua kami, saya tidak mahu berasa penyesalan. Mungkin berdasarkan strategi, kami perlu buat pilihan. Mungkin ia tidak diterima oleh kamu, mungkin penyokong sukar memahami.”

“Tapi kalau barisan kejurulatihan mendapati ia sesuai dengan perancangan kami dan boleh menghasilkan keputusan. Kami cuba putuskan untuk berikan yang terbaik bagi pihak kamu.” katanya.


Malaysia akan menghadapi perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Brunei dan Hong Kong serta kelayakan Piala Asia nanti apabila ditempatkan sekumpulan dengan Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

Disclaimers – Bahan yang admin share diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Kim Pan Gon Umum Senarai Penuh Panggilan Skuad Harimau Malaya!” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia