Home » Gosip Artis Malaysia » Khai Bahar KOngsi Sebab Kenapa Masih Belum Membeli Kereta Sendiri

Khai Bahar KOngsi Sebab Kenapa Masih Belum Membeli Kereta Sendiri

Penyanyi lelaki popular iaitu Khai Bahar mengakui dirinya masih belum membeli kereta untuk dirinya sendiri dan lebih selesa menggunakan pengangkutan awam jika mahu kemana-mana.

Dia yang sudah pun berusia 27 tahun itu, masih merasakan tiada keperluan untuk membeli kereta dan tidak kisah menaiki transit aliran ringan (LRT) jika mahu kemana-mana kerana rumahnya berdekatan dengan pelbagai kemudahan .

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Saya tidak melihat ada keperluan pun membeli kereta baharu kerana tidak kisah menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) untuk ke mana-mana.

Malah peminat juga memang sudah yang Khai sering menaiki LRT. dan pernah berkongsi video bersama peminat di Ig peminat.

Khai juga menjelaskan dirinya tidak mempunyai kemahuan untuk memiliki kereta kerana dirinya sememangnya tidak gemar memandu malah tiada sebab untuk dia membeli kereta kerana semua kemudahan sudah tersedia.

Jelas Khai lagi, jika terdapat urusan kerja yang penting dia akan dijemput oleh pengurusnya atau lebih selesa menggunakan khidmat e-hailing dan jika ingin pulang ke kampung halaman pula dia akan menaiki perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) kerana lebih menyenangkan daripada kapal terbang.

Malah lebih selesa dan juga memudahkan aktiviti . Bukan harga tiket yang menjadi ukuran tetapi masa yang diambil untuk menunggu semasa menaiki kapal terbang lebih kurang lama berbandaing KTM.

“Perjalanan ke Perlis ambil masa sekurang-kurang lima jam untuk sampai. Saya dah biasa balik ke kampung naik kereta api. Saya seorang yang mudah. Misalnya, bagi saya naik kereta api lagi senang daripada penerbangan.

“Nak ke lapangan terbang dah makan masa, sampai di sana kena tunggu lagi, sudahnya sama saja. Tetap lima jam juga tempoh perjalanan yang ditempuh,” katanya.

Mungkin apabila sudah memepunyai isteri dan anak barulah Khai bersedia membeli kereta buat dirinya dan keluarga tetapi dia sudah memiliki rumah sendiri malah telah membeli rumah buat keluarga di Perlis. Lebih mementingkan aset penting berbanding membeli kereta yang tidak selalu digunakan dan mengalami penuruanan harga pada masa hadapan.

 

Kini Khai Bahar sedang mempromosikan dram terbaru lakonannya bersama Shukri YAhya dan Janna NIck yang ditayangkan di TV3.

Penafian – Semua artikel admin share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Khai Bahar KOngsi Sebab Kenapa Masih Belum Membeli Kereta Sendiri” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!