Khaby Lame Mempunyai Pengikut Paling Ramai Di TikTok Dedah Status Agamanya


Khaby Lame sekarang bergelar individu yang mempunyai pengikut paling ramai di TikTok.

Lame mendedahkan bahawa dia bukan sahaja penganut agama Islam tetapi juga seorang penghafal (hafiz) Al-Quran.

“Ya saya seorang Muslim, dan saya hidup dengan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu menjelaskannya,” katanya kepada sebuah media Itali.

Baca juga:

Seorang Beragama Islam:


Menurut Lame, soalan yang banyak ditanyakan kepadanya adalah soalan tentang agama.

Lame, berumur 22 tahun, tinggal di Senegal dan dibesarkan di Itali.

Lame dihantar untuk mendalami al-Quran di sebuah sekolah berhampiran Dakar, Senegal dan menjadi hafiz ketika berusia 14 tahun.

Sebelum Lame mendedahkan agamanya, Lame telah mendapat sokongan daripada pengikut Islamnya selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Seorang Pekerja Kilang:

Dulu Lame hanyalah seorang pekerja kilang dan hilang pendapatannya akibat pandemik COVID-19 pada Mac 2020.

Lame kemudiannya digesa mencari pekerjaan baharu oleh bapanya. Lame nekad menghabiskan masa berjam-jam membuat video dan memuat naik videonya di TikTok.

Kandungan video Lame sering mencuit hati pengguna TikTok kerana sindiran dan reaksi lucunya terhadap ‘life hacks’ yang dianggap terlalu rumit.

 

Sumber: ASTROAWANI


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3