Penyanyi terkenal Rihanna 34, yang sedang sarat mengandung yang kini tinggal menunggu hari telah tersebar satu khabar angin dimana pasangannya A$AP Rocky telah berlaku curang kepadanya.
Perkhabaran ini diketahui melalui ciapan di akaun Twitter milik Louis Pisano. Melalui ciapan tersebut Pisano mendakwa Rihanna telah meninggalkan A$AP setelah mengetahui A$AP telah curang kepadanya bersama seorang pereka kasut yang terkenal iaitu Amina Muaddi.
Kisah kecurangan A$AP dan Amina Muaddi telah bermula sejak Febuari lalu sewaktu mereka hadir ketika Minggu Fesyen Paris berlangsung.
Pisano menyatakan, Amina dan A$AP telah lama berkenalan dan pernah bekerjasama dalam menghasilkan satu koleksi kasut eksklusif dibawah jenama Amina.
Pisano yang juga bekerja didalam bidang fesyen juga menambah lagi, tiada sebab dia mereka-reka gosip panas ini tanpa sumber yang jelas dan sahih. Jika gosip ini tidak betul kariernya akan terkesan dan imejnya juga akan tercalar.
Muaddi bukanlah nama baru dalam indrustri fesyen. Sudah ramai selebriti terkenal menggunakan khidmatnya seperti Kendall Jenner, Hailey Bieber dan juga Rihanna sendiri.
Kali pertama Rihanna dan A$AP kelihatan sebagai pasagan secara rasmi adalah ketika mereka berdua menghadiri acara Karpet merah di majlis MET Gala pada tahun lalu.
Pada januari tahun ini pasangan yang kelihatan bahagia ini telah mengumumkan mereka akan menimang cahaya mata sulung mereka.
Jika betul khabar angin ini, peminat mereka berdua akan terkejut kerana pasangan ini dikhabarkan pasangan kekasih yang bahagia.