Terbaru!! , KFC Lancar Polisi Tukar Ayam Lain Kalau Tak Puas Hati, Ini Caranya


KFC merupakan makanan segera yang menjadi kegilaan ramai tidak kira bagi kanak-kanak atau dewasa sejak kemunculan produk ini dis eluruh dunia terutamanya di Malaysia.


Malah jenama makanan segera ini mempunyai nilai sentimental dalam hati rakyat Malaysia kerana kebanyakkan sambutan kegembiraan dan keramaian KFC akan menjadi makanan pilihan seisi keluarga dan sahabat handai.

Kanak – kanak juga sangat menyuakai produk ini dan sentiasa menjadi pilihan utama selain McDonald dan juga makanan segera yang lainnya.

Dalam kempen terbaru daripada KFC demi menghargai peminatnya , restoran makanan segera ini telah menjalankan kempen tukar ayam jika tidak berpuas hati dan ianya bole dilakukan di kaunter KFC berkenaan.


Pelanggan juga dijanjikan dengan kualiti dan jaminan  yang sama iaitu berterusan yang mana restoran ini akan menyediakan juadah yang menyelerakan dan memuaskan hati pelanggannya.

Lebih mementingkan kepuasan penggunan dan berharapa agar pelanggan tersenyum semula apabila mendapat hidangan ayam yang diidam-idamkan.

Namun terdapat ada beberapa langkah yang perlu dibuat agar dapat menukarkan ayam di  KFC yang manan pelanggan perlu mengimbas kod QR unik yang telah disediakan di restoran berkenaan, isi dan ‘submit’ borang penukaran, lalu tunjukkan halaman ‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan ayam gantian.


Malah KFC juga telah melancarkan pakej Jimat Siang dan promosi baharu untuk waktu terhad bermula kelamarin yang manan Jimat Siang ini boleh dinikmati dengan harga berbaloi iaitu serendah RM7.99 bagi set kombo makan tengah hari.

Pelanggan juga boleh menikmati harga diskaun eksklusif ini dari Isnin sehingga Khamis iaitu 12 tengah hari – 2 petang dengan 6 variasi kombo untuk dipilih mseperti :

  1. Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
  2. Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60)
  3. Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49)
  4. Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
  5. Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99)
  6. Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49)

Semua promosi boleh didapati untu semua cara seperti dibawa pulang, pandu lalu ataupun makan di restoran. Walaupun diskaun ini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara namun promosi ini tidak temasuk dalam senarai restoran KFC yang terletak di Intermark Mall, Pavilion Shopping Centre, Avenue K Shopping Centre, Langkawi, Legoland, Delco, Genting dan Airports.


Semoga KFC lebih menitip beratkan saiz ayam yang nampaknya semakin mengecik dan juga tidak memuaskan malah seringkali mendapat keluhan daripada pelanggan kerana perkara tersebut.

Malah kuantiti “gravy sauce” di dalam kentang putar juga tidak pernah memuaskan hati kerana sering diletakkan sedikit dan tidak mencukupi untuk satu hidangan dan membuatkan pelanggan tidak suka dengan servis yang diberikan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3