Ketua Pesuruhjaya (SPRM) , Azam Baki Sangkal Dakwaan Miliki Saham Bernilai Jutaan Ringgit.


Dalam satu kenyataan secara live dengan kehadiran pihak media dan semua penyiasat dan anggota yang terlibat ,Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjelaskan isu adiknya, Nasir Baki menggunakan akaunnya untuk membeli saham tidak harus menjadi isu.


Beliau yang menjelaskan , sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.

“Sebenarnya, siapa-siapa pun boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran.

“Kalau ada kesalahan dan benar berlaku (salah menggunakan akaun orang lain), beritahu saya kalau ia merupakan satu kesalahan,” katanya ketika sidang media khas bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.


Yang mana , sidang media khas itu dibuat bagi menjawab dakwaan berhubung salah laku yang dikatakan membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Azam Baki juga turut menegaskan bahawa dalam isu saham ini, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tuduhan terdapat ‘conflict of interest’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan sememangnya tuduhan tersebut adalah tidak berasas.

Katanya, isu itu telah dijelaskan kepada Panel LPPR, yang mana akaun sahamnya digunakan oleh adiknya untuk membuat urusniaga.


Beliau juga menegaskan saham-saham itu dibeli menggunakan pembiayaan dan saham-saham syarikat yang dibeli oleh Nasir dan tiada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tiada kepentingan atau benefisial ke atas saham-saham yang dibeli itu. Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.

“Saham itu kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun beliau,” katanya.


Azam menjelaskan bahawa tuduhan yang mengatakan beliau mengawal banyak syarikat juga adalah ‘total lie’ dan mendakwa ada pihak yang sengaja mencipta rumor tersebut untuk memberi persepsi negatif terhadap dirinya.

Malah, tuduhan itu digambarkan seolah-olah beliau mengawal satu konglomerat yang besar untuk menjatuhkan reputasinya sebagai Ketua Pesuruhjaya dan institusi SPRM.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tohmahan ini kerana ia merupakan perbuatan yang berniat jahat,” tegasnya.


Terdahulu ,sekumpulan Ahli Parlimen PH meminta agar pendedahan penuh dibuat terhadap semua aset yang dipegang oleh Azam termasuklah isteri, anak-anak dan  juga mereka yang mempunyai pertalian dengannnya.

Selain itu, mereka juga menggesa siasatan perlu merangkumi pendedahan penuh tentang semua aset yang dipegang oleh mana-mana pesuruhjaya SPRM lain sama ada bekas dan semasa untuk memastikan integriti SPRM.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3